Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
acara iphone 18 pro 2026_

Apple Sahkan Acara 10 September – iPhone 18 Pro, iPhone Boleh Lipat Dijangka Diperkenalkan

Diterbitkan Ogos 27, 2026 · Dikemas kini Ogos 27, 2026 oleh Amalina Athman

Apple kini mengesahkan acara tahunannya akan berlangsung pada 10 September 2026, jam 1.00 pagi waktu Malaysia (MYT).

Acara tahunan yang biasanya menjadi pentas untuk pengenalan iPhone baharu itu akan diadakan secara bersemuka di Steve Jobs Theater, Apple Park. Apple turut menggunakan slogan “Surprise and shine” untuk acara kali ini.

Walaupun Apple belum mendedahkan produk yang akan diperkenalkan, acara tersebut dijangka memberi tumpuan kepada barisan iPhone baharu, termasuk iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan iPhone boleh lipat yang dikhabarkan mungkin dinamakan iPhone Ultra atau iPhone Fold.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Apple juga dikatakan akan mengubah strategi pelancaran dengan menangguhkan model lebih mampu milik seperti iPhone 18, iPhone 18e dan iPhone Air 2 sehingga musim bunga 2027. Ini bermakna acara September kali ini berkemungkinan lebih tertumpu kepada model premium.

Selain barisan iPhone, Apple dijangka memperkenalkan Apple Watch Series 12 dan Apple Watch Ultra 4 pada acara tersebut. Syarikat itu juga dijangka mengumumkan tarikh pelancaran iOS 27, iPadOS 27, macOS Golden Gate serta kemas kini perisian lain yang akan datang.

Surprise and shine! It’s almost time for the #AppleEvent, on Wednesday, September 9! pic.twitter.com/SLkIcNmLwP

— Greg Joswiak (@gregjoz) August 26, 2026

Satu lagi perkara yang menjadikan acara kali ini berbeza ialah ia bakal menjadi antara acara besar pertama Apple di bawah John Ternus sebagai CEO. Tim Cook bakal berundur daripada jawatan CEO pada 1 September dan mengambil peranan sebagai pengerusi eksekutif, manakala Ternus akan mengambil alih kepimpinan syarikat.

Butiran lanjut mengenai produk yang bakal diperkenalkan masih belum disahkan. Apple dijangka mendedahkannya secara rasmi apabila acara berlangsung pada 10 September nanti, dengan penstriman langsung boleh ditonton menerusi laman web Apple, YouTube dan aplikasi Apple TV bermula 1.00 pagi waktu Malaysia.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Kapasiti Bateri iPhone 18 Pro Mungkin Hanya Naik Sedikit Berbanding iPhone 17 Pro
  • Apple Perkenal M6 Sebagai Cip 2nm Pertama, M5 Ultra Hadir Dengan GPU Sehingga 80-Teras
  • Apple Perkenal Mac Studio Dengan M5 Max, M5 Ultra - GPU Sehingga 80-Teras, Harga Bermula RM10,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY