Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Pay Kini Boleh Diguna Di Malaysia, Tapi Belum Semua Bank Yang Sokong

Apple Pay Kini Boleh Diguna Di Malaysia, Tapi Belum Semua Bank Yang Sokong

Diterbitkan Ogos 9, 2022 ยท Dikemas kini Ogos 9, 2022 oleh Amalina Athman

Sejak bertahun lamanya, pengguna di Malaysia tertunggu-tunggu ciri sokongan pembayaran melalui Apple Pay. Semalam, Maybank telah mengesahkan bahawa mereka akan menyokong ciri pembayaran Apple Pay. Menurut Maybank, semua kad Visa dan MasterCard Maybank adalah layak untuk menggunakan Apple Pay.

Tidak hanya Maybank, AmBank juga telah mengesahkan pelanggan kad kredit mereka boleh membayar menggunakan Apple Pay kelak.

Berkaitan

  • Apple Pay: Shopee Malaysia Dilihat Bersedia Terima Pembayaran Melaluinya
  • Kenali Apa Itu Apple Pay Dan Cara Gunakannya
  • Maybank: Semua Kad Visa Dan Mastercard Maybank Boleh Guna Untuk Apple Pay

Terbaru, Apple telah mengaktifkan ciri Apple Pay dan secara rasmi sudah boleh digunakan di Malaysia bermula hari ini.

Apple Pay Malaysia

Namun begitu, tidak semua sistem perbankan menyokong ciri pembayaran melalui Apple Pay buat masa ini. Percubaan penulis untuk memasukkan kad lain seperti CIMB Bank dan Big Pay masih belum berjaya. Juga, tidak dapat dipastikan jika kedua-duanya akan menyokong sistem pembayaran Apple Pay kelak.

Buat masa sekarang, hanya Maybank, Standard Charted dan AmBank sahaja yang menyokong pembayaran menggunakan Apple Pay. Berkemungkinan bank lain akan menyusul kemudian.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY