Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Paten Orientasi Skrin, Berubah Secara Automatik Mengikut Imbasan Face ID

Apple Paten Orientasi Skrin, Berubah Secara Automatik Mengikut Imbasan Face ID

Diterbitkan April 3, 2020 ยท Dikemas kini April 7, 2020 oleh Amalina Athman

Pejabat Paten dan Tanda Dagang Amerika Syarikat telah menerbitkan permohonan paten baru Apple yang menerangkan sistem imbasan wajah seperti Face ID akan digunakan untuk mengubah orientasi peranti seperti iPhone atau iPad secara automatik.

Orientasi potrait atau landskap bagi sesuatu peranti yang ada pada masa kini ditentukan dengan menggunakan accelerometer atau sensor lain yang menentukan kedudukan peranti berdasarkan graviti. Bagaimanapun, ia mungkin tidak berfungsi dengan sempurna kerana pengguna terpaksa menggerakkan peranti untuk mendapatkan paparan kandungan dalam orientasi yang dimahukan.

apple orientation screen

Dengan itu, imbasan Face ID mungkin dapat menyelesaikan isu ini, dimana paten ini menerangkan kedudukan wajah pengguna akan dikesan dan secara automatik akan menukar orientasi skrin iPhone atau iPad kepada potrait atau landskap jika perlu.

Jika ciri ini didatangkan pada peranti iPhone atau iPad akan datang, ia mungkin dapat mengurangkan keperluan untuk mengaktifkan Portrait Orientation Lock.

Paten ini telah difailkan sejak September 2018 dan diterbitkan pada 2 April 2020. Walau bagaimanapun, untuk melihat sama ada ciri ini digunakan pada iPhone dan iPad mungkin memerlukan masa beberapa tahun lagi.

Sumber: MacRumors

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
  • Kerajaan Teliti Langkah Tangani Jualan Produk Import Tidak Bersijil Di Platform E-Dagang
©2026 WISER.MY