Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple iCloud_

Apple Naikkan Harga Langganan iCloud+

Diterbitkan Jun 27, 2023 · Dikemas kini Jun 27, 2023 oleh Amalina Athman

Apple kini telah menaikkan harga langganan iCloud+ di beberapa negara, termasuk Malaysia.

Seperti diketahui, Apple menyediakan 5GB storan iCloud secara percuma bagi setiap Apple ID, tetapi pengguna boleh memilih untuk menaik taraf kepada pelan langganan storan ‌iCloud‌+ berbayar untuk mendapatkan storan 50GB, 200GB atau 2TB.

Berkaitan

  • Perbandingan Harga 'Cloud Storage' - Google One, iCloud+ Dan OneDrive
  • Pembaikan Layan Diri Apple Diluaskan Kepada Lebih Banyak Produk

Di Malaysia, tiada perubahan bagi harga langganan bulanan iCloud+ 50GB dan 200GB, yang mana masing-masing tersedia pada harga RM3.90 dan RM11.90. Namun, terdapat peningkatan sekitar 12% bagi pelan iCloud+ 2TB.

Sebelum ini, iCloud+ dengan 2TB storan awan ditawarkan pada harga RM39.90. Dengan kemas kini harga langganan baharu, pelan iCloud+ 2TB berharga RM44.90/sebulan.

Apple iCloud+

Selain Malaysia, beberapa negara lain turut terkesan dengan kenaikan harga langganan iCloud+. Antaranya termasuk United Kingdom, Asia Tengah, Sweden, Afrika Selatan dan lain-lain.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY