Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pembaikan Layan Diri Apple Diluaskan Kepada Lebih Banyak Produk

Pembaikan Layan Diri Apple Diluaskan Kepada Lebih Banyak Produk

Diterbitkan Jun 21, 2023 oleh ariff bukhari

Apple meluaskan lagi Pembaikan Layan Diri untuk barisan iPhone 14 dan model Mac yang lain termasuklah MacBook Air 13 inci dan MacBook Pro yang dikuasakan oleh M2.

Pembaikan Layan Diri itu akan tersedia pada 21 Jun 2023 ini.

Program Pembaikan Layan Diri ditawarkan Apple sejak April 2022 lalu untuk akses kepada manual yang sama, alat ganti tulen Apple dan alatan yang digunakan di lokasi Apple Store dan Pembekal Perkhidmatan Sah Apple kepada sesiapa yang berpengalaman membaiki peranti elektronik.

Apple juga memaklumkan mereka akan menjadikan proses Konfigurasi Sistem yang digunakan untuk pembaikan iPhone, seperti paparan, bateri dan kamera, lebih mudah digunakan.

Konfigurasi Sistem ialah alat perisian baik pulih yang memastikan pembaikan dengan bahagian Apple tulen disiapkan dengan betul dan bahagian tersebut berfungsi dengan baik.

Alat ini tersedia secara percuma kepada semua pengguna Pembaikan Layan Diri dan penyedia perkhidmatan yang mengambil bahagian dalam program pembaikan Apple.

Buat masa ini, Program Pembaikan Layan Diri Apple ini hanya ditawarkan di A.S, Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Poland, Sepanyol, Sweden dan U.K.

Berkaitan

  • Apple Akan Naikkan Harga Bagi Servis Penggantian Bateri
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Telco Bakal Umum Berita Gembira Berkaitan 5G Hujung Bulan Ini - Fahmi

Sumber: Siaran Media Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY