Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Mungkin Pening Kepala Nak Letak Harga iPhone 2019

Apple Mungkin Pening Kepala Nak Letak Harga iPhone 2019

Diterbitkan Oktober 9, 2018 oleh Helmi Samsuri

Apabila menyebut tentang iPhone keluaran Apple, rata-rata daripada kita gemar mempersoalkan isu harga.

Ketika ini, keluaran yang paling mahal dipasarkan adalah iPhone XS Max, dengan harga permulaan $1099 sehingga $1449, berbeza mengikut saiz storan.

Walaupun baru sebulan keluarga iPhone 2018 dilancarkan, cakap-cakap dari Taiwan sudah membayangkan Apple mungkin akan pening kepala untuk meletakkan harga iPhone 2019.

Kenapa? Desas-desus ada menyatakan pengeluar-pengeluar gergasi seperti Samsung, Huawei, Xiaomi, OPPO dan Vivo sedang mempersiapkan telefon pintar dengan sokongan 5G untuk pasaran tahun hadapan.

Hal ini boleh memberi impak besar kepada Apple kerana jika mereka masih kekal dengan sokongan 4G, berapa harga yang sepatutnya diletakkan?

Menurut Phone Arena, ada pihak berpendapat Apple akan mengetengahkan dwi mod iaitu 4G/5G dan harga iPhone 5G pertama diletakkan pada harga $1299.

Pendapat lain pula menyatakan, Apple boleh mengeluarkan iPhone kelas permulaan dengan sokongan 4G/5G pada nilai sekitar $899 atau $999. Namun ia agak berisiko kerana mungkin menjejaskan penjualan model 2018.

Mungkin ada dalam kalangan pembaca Wiser.my bergelar pakar IT, pakar ekonomi dan juga jutawan, boleh lontarkan pendapat anda diruangan komen, berkenaan bagaimana strategi Apple dalam meletakkan harga iPhone 2019.

Sumber: Phone Arena dan DigiTimes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY