Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch_AirPods 9to5Mac

Apple Kini Tawar Gantian Bateri Untuk Apple Watch, iPad Dan AirPods

Diterbitkan Mei 30, 2024 ยท Dikemas kini Mei 30, 2024 oleh Amalina Athman

Menjelang pembukaan Apple Store pertama di Malaysia bulan depan, Apple nampaknya secara beransur-ansur telah menambah lebih banyak perkhidmatan dan produk baharu untuk pasaran tempatan.

Dalam perkembangan terkini, Apple mula menawarkan perkhidmatan gantian bateri untuk Apple Watch, iPad dan AirPods.

Berkaitan

  • 9 Servis Ini Dijangka Akan Ditawarkan Apabila Apple Store Malaysia Rasmi Dibuka
  • Pelan AppleCare+ Tersedia Di Malaysia, Ini Harga Yang Ditawarkan
  • Apple Store Malaysia Kini Tawar 'Trade In', Ansuran Bulanan
  • Rasmi, Apple Store Pertama Di Malaysia Akan Dibuka 22 Jun Depan

Untuk makluman, Pembekal Khidmat Sah Apple (AASP) sebelum ini tidak menawarkan sebarang penukaran bateri untuk mana-mana produk berkenaan. Bermakna, pengguna perlu mendapatkan perkhidmatan gantian bateri daripada pihak ketiga.

Dengan menawarkan perkhidmatan gantian bateri, pengguna kini boleh membuat janji temu di AASP atau menghantar produk secara terus ke Apple.

Bagi mengetahui anggaran harga bagi gantian bateri secara terus daripada Apple, rujuk melalui pautan iPad, Apple Watch atau AirPods.

Namun begitu, Apple akan memeriksa produk terlebih dahulu. Sekiranya ada kerosakan tambahan ditemui, pengguna akan dikenakan bayaran tambahan.

Apple Kini Tawar Gantian Bateri Untuk Apple Watch, iPad Dan AirPods
Apple Kini Tawar Gantian Bateri Untuk Apple Watch, iPad Dan AirPods
Apple Kini Tawar Gantian Bateri Untuk Apple Watch, iPad Dan AirPods

Selain itu, harganya mungkin berbeza bergantung kepada penyedia perkhidmatan lain – boleh menetapkan yuran mereka sendiri. Sementara bagi perkhidmatan yang dilindungi oleh Applecare+, bayaran setiap isu adalah sama tanpa mengira penyedia perkhidmatan yang dipilih.

Apple Kini Tawar Gantian Bateri Untuk Apple Watch, iPad Dan AirPods
Apple Kini Tawar Gantian Bateri Untuk Apple Watch, iPad Dan AirPods

Dalam pada itu, Apple turut menawarkan penukaran skrin hadapan untuk iPad. Bagaimanapun, ia hanya terhad untuk iPad Pro M4 dan iPad Air M2 yang mula dijual baru-baru ini.

Sumber: Apple (1, 2, 3)
Rujukan: Xavier Naxa
Gambar utama: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY