Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple maps

Apple Maps Makin Digemari Pengguna Berbanding Google Maps – Laporan

Diterbitkan Julai 21, 2023 oleh ariff bukhari

Pengguna kini dilaporkan semakin menggemari servis peta yang ditawarkan Apple iaitu Apple Maps berbanding Google Maps dari Google.

Ia berdasarkan kepada laporan anekdot yang dikumpul oleh The Wall Street Journal.

Mereka mendapati, pengguna iPhone semakin memilih Apple Maps di mana sesetengah penggunanya memuji arah pengangkutan awam di dalam servis itu lebih jelas dan visual yang direka bentuk dengan lebih menarik.

Pengguna juga menyatakan, reka bentuk paparan di aplikasi Apple Maps sebagai lebih bersih berbanding reka bentuk Google Maps yang tidak teratur.

Sebagai contoh, salah seorang pengguna mahir Google Maps memberitahu WSJ bahawa dia mendapati dirinya lebih banyak menggunakan Apple Maps dalam aktivti sehariannya.

Pengguna itu menyatakan, Apple Maps mempunyai maklumat yang lebih jelas dan  lebih mudah untuk berinteraksi berbanding Google Maps.

Apple Maps mula diperkenalkan Apple di WWDC 2012 dahulu bagi menggantikan Google Maps sebagai aplikasi peta lalai yang tersedia di pasang dalam iOS 6.

Berkaitan

  • CelcomDigi Tawar Galaxy S22 Ultra Serendah RM3,899
  • Harga Langganan YouTube Premium Di AS Naik Lagi
  • Perjanjian Akses 5G Bersama DNB Kini Selesai - KKD

Sumber: Macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY