Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Air

Apple MacBook Air 15 Inci Mungkin Muncul Di WWDC

Diterbitkan Mei 3, 2023 oleh ariff bukhari

Seperti semua tahu, Worldwide Developers Conference (WWDC) 2023 yang dianjurkan Apple akan berlangsung dari 5 hingga 9 Jun 2023 nanti.

Antara yang akan dinanti-nantikan adalah perkembangan terkini mengenai naik taraf sistem operasi untuk pelbagai peranti Apple meliputi sistem  iOS, iPadOS, macOS, watchOS dan tvOS.

Tetapi kini muncul ura-ura yang mengatakan bahawa Apple akan turut mengumumkan model terbaru bagi MacBook Air yang bersaiz 15 inci.

Ia berdasarkan khabar angin yang dibuat oleh Mark Gurman dari Bloomberg.

Ketika ini Apple menjual model MacBook Air dengan cip Apple M1 bersaiz 13.3 inci dan MacBook Air 13.6 inci yang dikuasakan cip Apple M2 dengan masing-masing berharga dari RM4,399 dan RM5,499.

Jadi jika MacBook Air 15 inci membuat kemunculan sulungnya di WWDC nanti, harga jualannya berkemungkinan akan lebih dari RM6,000 dan dikuasakan oleh cip Apple M2.

Berkaitan

  • 3 Ciri Yang Buatkan Samsung Galaxy A54 Calon 'Midrange' Terbaik Untuk Anda
  • Sony Xperia 1 V Mungkin Diperkenalkan Pada 11 Mei Ini
  • 'Laptop Gaming' Terbaru Acer Tiba Di Malaysia, Kuasa Grafik Dijana NVIDIA GeForce RTX 4060

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY