Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Lancar Servis Terbaru, ‘Apple Pay Later’

Apple Lancar Servis Terbaru, ‘Apple Pay Later’

Diterbitkan Mac 29, 2023 oleh ariff bukhari

Apple hari ini melancarkan satu lagi perkhidmatan terbaru kepada para pengguna iaitu Apple Pay Later.

Menerusi servis ini, pengguna boleh membahagikan pembelian kepada empat peringkat pembayaran, untuk lebih enam minggu tanpa faedah dan tanpa yuran.

Pengguna juga boleh menjejak, mengurus dan membayar balik pinjaman Apple Pay Later mereka dengan mudah menerusi aplikasi Apple Wallet.

Pengguna boleh memohon pinjaman Apple Pay Later bermula dari serendah USD50 sehingga USD1,000, yang boleh digunakan untuk pembelian dalam talian dan dalam aplikasi dari peranti iPhone dan iPad dengan peniaga yang menerima pembayaran melalui servis Apple Pay.

Apple Lancar Servis Terbaru, ‘Apple Pay Later’

Apple mula menjemput pengguna terpilih untuk mengakses versi awal Apple Pay Later hari ini dengan rancangan untuk menawarkannya kepada semua pengguna yang layak dalam beberapa bulan akan datang.

Apple Pay Later didayakan melalui program Mastercard Installments, jadi peniaga yang menerima Apple Pay tidak perlu melakukan apa-apa untuk melaksanakan Apple Pay Later untuk pelanggan mereka.

Buat masa ini servis tersebut hanya ditawarkan untuk pengguna di Amerika sahaja.

Berkaitan

  • Google Gesa Matikan Segera Ciri Ini, 3 Pengeluar Telefon Pintar Android Terjejas
  • Setiap Hari, 3 Guru Jadi Mangsa 'Online Scam' Tahun 2022
  • 31,092 Kad Sim Terjual Dalam Tempoh Sebulan Pelancaran Pakej Perpaduan - Fahmi

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY