Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 14 plus_wiser

Apple Lancar Program Pembaikan Percuma Untuk Isu Kamera iPhone 14 Plus

Diterbitkan November 4, 2024 · Dikemas kini November 4, 2024 oleh Amalina Athman

Apple kini mengumumkan program pembaikan baharu untuk iPhone 14 Plus, yang menangani isu kamera pada model itu.

Menurut Apple, “peratusan yang sangat kecil” pada model iPhone 14 Plus tidak menunjukkan pratonton imej yang diambil dengan kamera belakang. Peranti yang terjejas adalah model yang dikilangkan antara 10 April 2023 hingga 28 April 2024.

Pengguna boleh menyemak sama ada iPhone 14 Plus yang terjejas adalah layak untuk program ini, dengan memasukkan nombor siri di laman web Apple. Sekiranya terjejas, Apple atau Pembekal Khidmat Sah Apple (AASP) akan menyediakan perkhidmatan pembaikan secara percuma.

Program baharu ini meliputi model ‌iPhone 14‌ Plus yang layak selama tiga tahun selepas jualan pertama unit tersebut.

Bagi pengguna iPhone 14 Plus yang telah membayar untuk membaiki kamera belakang yang dipercayai terjejas disebabkan isu yang sama, pengguna boleh menghubungi Apple untuk bayaran balik.

Berkaitan

  • Cara Menyembunyikan Paparan Nama Setiap Aplikasi Pada iPhone
  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Gen Z Didapati Memang Lebih Sukakan iPhone Terpakai - Kajian
  • iPhone 16 Pacu Apple Kembali Ke Dalam Senarai 5 Syarikat Telefon Pintar Teratas Di China - IDC

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY