Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Lancar iOS 18.6.2 Dengan Tampalan Keselamatan Penting

Apple Lancar iOS 18.6.2 Dengan Tampalan Keselamatan Penting

Diterbitkan Ogos 21, 2025 oleh Amalina Athman

Kurang seminggu selepas pelancaran iOS 18.6.1, Apple hari ini mengeluarkan kemas kini iOS 18.6.2 yang menumpukan kepada tampalan kelemahan keselamatan kritikal.

Apple menyatakan bahawa iOS 18.6.2 menampal kelemahan keselamatan yang “mungkin telah dieksploitasi dalam serangan canggih terhadap individu tertentu.” Kelemahan ini ditemui oleh Apple sendiri, bukan oleh penyelidik keselamatan pihak ketiga.

Isu ini menjejaskan rangka kerja sistem ImageIO, yang bertanggungjawab untuk mengendalikan imej termasuk membuka, mengekod dan memaparkannya.

Sekiranya pengguna iPhone yang disasarkan membuka fail imej berniat jahat, ia boleh menyebabkan kerosakan memori yang membolehkan penggodam mengeksploitasi peranti tersebut.

 

iOS 18.6.2_2

Ini bermakna pengguna biasa iPhone, iPad, dan Mac tidak semestinya menjadi sasaran, tetapi masih digalakkan untuk mengemas kini peranti dengan segera untuk memastikan keselamatan terjamin.

Untuk kemas kini iOS 18.6.2 secara OTA (over-the-air), pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now.

Berkaitan

  • Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Pengguna iOS Kini Boleh Muat Turun VSCO Capture
  • Apple Kembalikan Ciri Oksigen Darah Untuk Apple Watch Di AS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY