Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
blood oxygen apple watch iOS 18.6.1_

Apple Kembalikan Ciri Oksigen Darah Untuk Apple Watch Di AS

Diterbitkan Ogos 15, 2025 · Dikemas kini Ogos 15, 2025 oleh Amalina Athman

Apple hari ini melancarkan kemas kini iOS 18.6.1 kepada pengguna iPhone.

Kemas kini ini, bersama watchOS 11.6.1, memperkenalkan versi baharu ciri pemantauan oksigen darah untuk Apple Watch Series 9, Apple Watch Series 10 dan Apple Watch Ultra 2, khusus bagi pengguna di Amerika Syarikat.

Menurut Apple, ciri yang ‘direka semula’ ini membolehkan data sensor dari aplikasi Blood Oxygen di Apple Watch dihantar ke iPhone yang dipasangkan untuk dikira, dengan keputusan boleh dilihat di bahagian “Respiratory” dalam aplikasi Health.

Biasanya, ciri ini membolehkan pengguna melihat bacaan oksigen dalam darah terus pada Apple Watch, tetapi di AS kini berfungsi dengan cara berbeza.

Pertikaian paten Masimo

Untuk rekod, Apple telah terlibat dalam pertikaian undang-undang dengan syarikat teknologi kesihatan Masimo selama bertahun-tahun, yang berkaitan paten ciri Oksigen Darah pada Apple Watch.

Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa AS (ITC) kemudian melaksanakan larangan perdagangan, menyebabkan Apple terpaksa menghentikan jualan Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2

Pada Disember 2023, Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa AS (ITC) menguatkuasakan larangan import, menyebabkan Apple terpaksa menghentikan jualan Apple Watch dengan ciri Oksigen Darah.

Jualan bersambung semula selepas Apple mematikan ciri itu pada Apple Watch yang dijual di AS. Sejak Januari 2024, tiada model Apple Watch yang dijual di AS dilengkapi sensor Oksigen Darah, termasuk Apple Watch Series 9, Apple Watch Series 10, dan Apple Watch Ultra 2.

Kemas kini iOS 18.6.1 & watchOS 11.6.1

Dengan iOS 18.6.1 dan watchOS 11.6.1, Apple melaksanakan penyelesaian sementara. Kemas kini ini dibolehkan selepas satu keputusan terkini dari Kastam AS.

Sementara itu, pemantauan oksigen dalam darah masih tersedia pada model Apple Watch terdahulu, dan tiada perubahan pada model Apple Watch yang dijual di luar Amerika Syarikat.

Berkaitan

  • Jualan Apple Watch Series 9, Ultra 2 Akan Dihentikan Di AS
  • Apple Kini Diharamkan Menjual Apple Watch Series 9, Ultra 2 Di Amerika Syarikat
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Kaca Pelindung Skrin iPhone Dan Apple Watch Akan Dibuat 100% Di AS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY