Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Kurangkan Separuh Pengeluaran iPhone X Untuk Suku Pertama 2018

Apple Kurangkan Separuh Pengeluaran iPhone X Untuk Suku Pertama 2018

Diterbitkan Januari 30, 2018 oleh Helmi Samsuri

Akibat penjualan iPhone X yang dilihat agak mendatar, Apple dilaporkan akan mengurangkan separuh pengeluaran model yang dikilangkan di China itu.

Sasaran awal Apple untuk keluaran Januari hingga Mac 2018 adalah 40 juta unit tetapi menurut laporan perniagaan daripada akhbar Jepun, The Nikkei Asian Review, syarikat terbabit terpaksa memotong penghasilan model terbabit kepada 20 juta unit sahaja.

Hal ini berikutan pasaran utama seperti di Eropah, Amerika Syarikat dan China yang agak lembap dan sesetengah pihak berpendapat ia disebabkan harga jualannya yang tinggi berbanding model-model terdahulu.

Penjualan iPhone X di Malaysia sudah menampakkan beberapa potongan harga dibuat, seperti contoh minggu sudah ia dijual pada harga RM4588, dan semalam dengan harga terendah dicatatkkan pada takuk RM4488.

Hari ini iPhone X dijual sekitar RM4688, lebih murah berbanding harga pengenalannya iaitu RM5149.

Sumber: The Nikkei Asia Review

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY