Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Ultra 2_

Jualan Apple Watch Series 9, Ultra 2 Akan Dihentikan Di AS

Diterbitkan Disember 19, 2023 · Dikemas kini Disember 19, 2023 oleh Amalina Athman

Apple kini mengumumkan akan menghentikan jualan model Apple Watch versi terkini di Amerika Syarikat lewat minggu ini. Langkah itu dibuat berikutan pertikaian paten yang berterusan antara Apple dan syarikat teknologi perubatan Masimo mengenai teknologi sensor oksigen dalam darah.

Berkaitan

  • Apple Watch Siri 9 Dilancar, Perkenal Ciri Baru "Double Tap"
  • Apple Watch Ultra 2 - Sama Seperti Watch Series 9 Tapi Lebih Tahan Lasak

Memetik laporan 9to5Mac, Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2 tidak lagi tersedia di laman web Apple AS bermula 21 Disember. Sementara jualan di kedai fizikal Apple Store akan dihentikan selepas 24 Disember 2023.

Tempoh Semakan Presiden

Untuk rekod, Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa (ITC) AS telah memutuskan pemberhentian jualan pada Oktober. ITC mendapati bahawa Apple mencuri teknologi pulse oximeter Masimo yang dipatenkan, untuk mengukur oksigen dalam darah.

Kes itu kemudiannya dihantar kepada pentadbiran Biden untuk Tempoh Semakan Presiden selama 60 hari. Semasa proses ini, Presiden Biden mempunyai kuasa veto untuk mengubah keputusan itu. Dengan Tempoh Semakan Presiden akan tamat pada 25 Disember, tidak diketahui jika Biden akan campur tangan pada saat-saat akhir.

Apple menekankan bahawa pengumuman awal mengenai penggantungan jualan Apple Watch sebagai langkah untuk mematuhi peraturan sekiranya keputusan kekal.

Menurutnya, larangan ITC hanya memberi kesan kepada jualan Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2 kerana peranti tersebut menawarkan keupayaan pemantauan oksigen dalam darah.

Apple Watch SE yang tidak mempunyai sensor ini, tidak terjejas dan akan kekal tersedia untuk jualan. Begitu juga dengan mana-mana Apple Watch berkenaan yang telah dijual.

Respons Masimo

Masimo dalam kenyataannya mengatakan keputusan ITC untuk menyekat jualan beberapa model Apple Watch menunjukkan walaupun syarikat berkuasa di dunia mesti mematuhi undang-undang.

The decision to ban certain models of the Apple Watch demonstrates that even the world’s most powerful company must abide by the law. The ITC undertook a thorough legal process and its expert judgment in this matter should be respected, protecting intellectual property rights and maintaining public trust in the United States’ patent system..

Setelah tamat Tempoh Semakan Presiden, Apple masih boleh membuat rayuan. Bagaimanapun, ia tidak akan menangguhkan larangan penjualan Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY