Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Series 9 Ultra 2

Apple Kini Diharamkan Menjual Apple Watch Series 9, Ultra 2 Di Amerika Syarikat

Diterbitkan Disember 27, 2023 oleh Amalina Athman

Apple secara rasmi kini tidak lagi dibenarkan menjual Apple Watch Series 9 dan Watch Ultra 2 di Amerika Syarikat, selepas pentadbiran Presiden Joe Biden menolak untuk memveto keputusan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa (ITC) AS.

Berkaitan

  • Jualan Apple Watch Series 9, Ultra 2 Akan Dihentikan Di AS
  • Apple Tamatkan Keupayaan Peranti Pihak Ketiga 'Shut Down' iPhone

Sebagai langkah awal, Apple telah pun menghentikan jualan kedua-dua peranti itu di laman webnya pada 21 Disember dan di kedai fizikal Apple Store selepas 24 Disember 2023.

Dalam kenyataannya, Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Katherine Tai berkata,

Since 2005, the Office of the United States Trade Representative has been delegated the President’s authority under Section 337 of the Trade Act of 1930 to review the ITC’s decision for a 60-day period. After careful consultations, Ambassador Tai decided not to reverse the ITC’s determination and the ITC’s decision became final on December 26, 2023.

Larangan ITC adalah hasil daripada penghakiman mahkamah yang mendapati Apple melanggar paten Masimo yang berkaitan dengan sensor oksimeter untuk pemantauan oksigen dalam darah.

Oleh itu, Apple tidak lagi dibenarkan menjual dan mengimport Apple Watch Series 9 dan Ultra 2 di Amerika Syarikat. Selain kedua-dua model berkenaan, ciri yang sama telah ditawarkan sejak Apple Watch Series 6 dan terkini.

Bagaimanapun, larangan tersebut hanya terpakai untuk kedai Apple (dalam talian dan fizikal), yang mana syarikat itu hanya menjual keluaran terbaharu iaitu Apple Watch Series 9 dan Watch Ultra 2.

Bermakna, pengguna di AS masih boleh mendapatkan kedua-duanya atau mana-mana model yang dilengkapi sensor itu melalui penjual pihak ketiga seperti Best Buy, Amazon dan lain-lain selagi baki stok masih ada.

Sementara itu, jualan Apple Watch SE tidak terjejas dan masih tersedia di Apple Store AS kerana ia tidak mempunyai sensor oksigen dalam darah. Perkhidmatan dan pembaikan untuk pelanggan yang membeli Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2 sebelum 25 Disember juga tidak terjejas.

Respons Apple

Apple mengatakan pihaknya akan segera mengemukakan rayuan bagi keputusan ITC kepada Mahkamah Rayuan AS.

Dalam pada itu, Apple dilaporkan mencari cara untuk membangunkan kemas kini perisian yang akan memintas dua paten Masimo, bagi membolehkan jualan kedua-dua model itu diteruskan kelak.

Masimo, bagaimanapun berkata bahawa pembetulan perisian tidak akan mencukupi dan perkakasan Apple Watch perlu ditukar.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY