Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Keluarkan Kemaskini iOS 12.0.1 Bagi Selesaikan Masalah Sambungan Wifi & Pengecasan iPhone XS

Apple Keluarkan Kemaskini iOS 12.0.1 Bagi Selesaikan Masalah Sambungan Wifi & Pengecasan iPhone XS

Diterbitkan Oktober 9, 2018 oleh Haikel Areff

Sejak iPhone XS dan XS Max mula dipasarkan pada 21 September yang lalu, kita dapat dengari beberapa rungutan daripada pemiliknya mengenai masalah-masalah yang terdapat pada peranti berkenaan. Antaranya ialah pengecasan tidak berfungsi dan sambungan Wifi yang perlahan.

Mendengar luahan pengguna, beberapa hari yang lalu Apple berjanji bahawa mereka akan menyelesaikan masalah berkenaan melalui kemaskini sistem iOS dalam masa terdekat. Sehubungan dengan itu, iOS 12.0.1 telah pun dilancarkan awal pagi tadi(waktu Malaysia).

Apple Keluarkan Kemaskini iOS 12.0.1 Bagi Selesaikan Masalah Sambungan Wifi & Pengecasan iPhone XS

Selain menyelesaikan dua masalah utama tersebut, kemaskini baru ini turut akan mengembalikan butang “.?123” ke kedudukan asal pada kekunci iPad, masalah sambungan Blutooth serta masalah sari kata tidak muncul pada sebahagian aplikasi pemain video.

Bagaimanapun, tiada penyelesaian bagi masalah sambungan LTE disenaraikan pada kemaskini bersaiz 104.9MB kali ini. Mungkin kita akan dapat mendengar perkembangan terbaru dari Apple dalam masa terdekat.

 

Sumber : TheVerge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY