Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini Segera, iOS 18.1.1 Tampal Kelemahan Keselamatan Yang Dieksploitasi Secara Aktif

Kemas Kini Segera, iOS 18.1.1 Tampal Kelemahan Keselamatan Yang Dieksploitasi Secara Aktif

Diterbitkan November 20, 2024 ยท Dikemas kini November 20, 2024 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengeluarkan iOS 18.1.1 dan iPadOS 18.1.1 dengan pembetulan keselamatan penting, yang hadir tiga minggu selepas iOS 18.1 dilancarkan.

Menerusi halaman sokongan, Apple telah memperincikan kelemahan keselamatan yang dieksploitasi secara aktif pada sebilangan peranti, melibatkan WebKit dan JavaScriptCore.

Dengan kelemahan JavaScriptCore, pemprosesan kandungan web yang direka secara berniat jahat boleh membawa kepada pelaksanaan kod sewenang-wenangnya.

Kerentanan WebKit juga mempunyai isu serupa yang melibatkan kandungan web yang direka secara berniat jahat, yang boleh mengakibatkan serangan skrip rentas laman (cross-site scripting).

Screenshot 2024-11-20 081215

Apple menyatakan bahawa pihaknya menyedari laporan bahawa kedua-dua isu tersebut mungkin telah dieksploitasi secara aktif pada sistem Mac berasaskan Intel.

Walaupun kelemahan hanya diketahui telah menjejaskan Mac yang lebih lama, namun peranti lain mungkin terdedah kepada serangan kerana mempunyai kelemahan keselamatan yang sama.

Lanjutan itu, pengguna disaran untuk kemas kini segera iOS 18.1.1 dan iPadOS 18.1.1. Kemas kini secara OTA (over-the-air) boleh dilakukan melalui Settings > General > Software Update > Update Now.

Selain iOS 18.1.1, Apple turut mengeluarkan kemas kini iOS 17.7.2 dan iPadOS 17.7.2, macOS Sequoia 15.1.1 serta visionOS 2.1.1.

Berkaitan

  • iOS 18.1 Kini Tersedia Dengan Sokongan Apple Intelligence
  • Cara Dapatkan Apple Intelligence Dalam iOS 18.1
  • Pengguna Kemas Kini iOS 18.1 Lebih Pantas, Dua Kali Ganda Daripada iOS 17.1
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY