https://www.youtube.com/watch?v=09_QxCcBEyU
Rekaan
Dari segi rekaan keseluruhan, tidak banyak perubahan yang dilakukan kerana perubahan rekaan sebelum ini iaitu pembuangan bezel besar-besaran telah dibuat pada model iPad Pro 2018. Namun jika dipusing ke belakang, kini terdapat tambahan satu lagi lensa iaitu sudut lebar 10MP di samping lensa utama 12MP. Ini juga merupakan sistem kamera yang sama diguna pakai dalam peranti iPhone 11.

Bersebelahannya pula terdapat sistem sensor Light Detection and Ranging (LiDAR) yang digunakan untuk mengukur jarak mengunakan medium cahaya. Jadi, sensor ini sangat membantu terutamanya ketika penggunaan AR diaktifkan.
Paparan peranti masih lagi mengekalkan spesifikasi yang sama dengan iPad Pro 2018. Ia masih lagi mempunyai 2 pilihan dengan saiz 12.9 / 11.0 inci Liquid Retina dengan panel IPS LED. Resolusi skrin adalah pada 2732 x 2048 (12.9 inci) / 2388 x 1668 (11 inci) dan juga mempunyai teknologi paparan seperti 120Hz ProMotion, gamut warna P3, dan True Tone.
Peningkatan Spesifikasi
iPad Pro 2020 dijana oleh cip pemprosesan lebih berkuasa dan terkini A12Z Bionic berbanding A12X Bionic pada model iPad Pro 2018. Storan juga kini bermula dari pilihan 128GB, 256GB, 512GB, dan 1TB. Ia juga turut menyokong 802.11ax Wi-Fi 6 untuk rangkaian internet lebih pantas.

Selain itu, pengguna kini terdapat pilihan untuk merakam rakaman video 4K dengan 24fps.
Aksesori Magic Keyboard dengan Trackpad
Dengan sokongan aksesori Magic Keyboard yang juga mempunyai trackpad terbina, mungkin anda tidak perlu lagi menggunakan komputer riba MacBook. Trackpad ini secara tidak langsung membolehkan iPad digunakan seperti komputer tradisional dengan sokongan cursor yang lebih memudahkan navigasi.

Untuk Magic Keyboard itu sendiri, ia merupakan aksesori tambahan dan boleh digunakan sebagai paparan terapung. Aksesori Magic Keyboard ini tidak terhad kepada iPad Pro 2020 sahaja kerana model iPad-iPad sebelum ini juga turut boleh menggunakannya.
Sumber: Apple
Berkaitan
- Moto G8 Plus, Moto G8 Play, Moto E6 Play Dan Moto One Macro Dilancarkan
- Gabe Newell Berpendapat Xbox Series X Lebih Bagus Berbanding PS5
- Perbandingan Realme XT VS Samsung Galaxy A70 - Mana Satu Lagi Berbaloi Dibeli?
- Nikmati Promosi Dan Diskaun Bercuti Di Legoland Malaysia Menggunakan Touch 'n Go eWallet
- Akhirnya Anda Boleh Mengubah Resolusi Rakaman Video Melalui iOS 13.2 - Tetapi Hanya Untuk Siri iPhone 11
- Professor Beri Amaran Bitcoin Mungkin Boleh Hilang Secara Tiba-Tiba
- Norway Negara Pertama Di Dunia Yang Jual Lebih Banyak Kereta Elektrik Berbanding Petrol
- realme Buds Air Rasmi Untuk Pasaran Malaysia - Fon Telinga TWS Berharga RM299
- 5 Inovasi Telefon Pintar Yang Gagal Suatu Masa Dahulu
- Pakar Sekuriti Jelaskan Mengapa Facebook Messenger Sebenarnya Lebih Berbahaya Dari WhatsApp