Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
device tracker

Apple, Google Kerjasama Untuk Tangani Penyalahgunaan Alat Penjejakan

Diterbitkan Mei 3, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak peranti penjejakan diperkenalkan beberapa tahun lalu, ia menimbulkan pelbagai kebimbangan. Walaupun dicipta untuk memberikan manfaat kepada pengguna, namun ia juga membawa potensi penjejakan yang tidak diingini atau telah disalahgunakan.

Terbaharu, Apple dan Google telah bekerjasama untuk membanteras penyalahgunaan AirTag dan peranti penjejakan Bluetooth yang serupa.

Berkaitan

  • Bekas Teman Lelaki Didakwa 'Stalk' Guna AirTag, Wanita Saman Apple
  • 3 Sebab "AirTag" Versi Android Semakin Hampir
  • Google Didakwa Sedang Bangunkan Peranti Penjejak Seperti 'AirTag'

Menerusi dokumen yang diterbitkan pada 2 Mei 2023, ia menyenaraikan amalan dan protokol terbaik untuk pengeluar aksesori penjejakan, yang dapat membantu untuk mencegah penyalahgunaan alat penjejakan seperti menjejak individu, mengintip, gangguan dan sebagainya.

Seperti yang digariskan dalam dokumen, pengesanan alat penjejakan yang tidak diingini boleh “mengesan dan memberi amaran kepada individu” yang dijejak merentasi peranti iOS dan Android. Ianya juga akan memberikan arahan mengenai cara mencari dan melumpuhkan alat penjejakan yang tidak dibenarkan itu.

Menurut Apple, beberapa syarikat termasuk Samsung, Tile, Chipolo, eufy Security dan Pebblebee turut menyatakan sokongan bagi standard baharu itu.

Dengan standard baharu ini kelak, ia dapat meminimumkan peluang penyalahgunaan teknologi tersebut.

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY