Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
epl premier league (2)

Apple Dilaporkan Berminat Mahu Siarkan EPL

Diterbitkan Januari 16, 2023 · Dikemas kini Januari 16, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Dengan tamatnya lesen penyiaran Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang 2025 kelak, Apple dilaporkan berminat untuk menjadi salah satu pembida untuk mendapatkannya.

Syarikat teknologi itu sudah memegang hak penyiaran perlawaran liga bola sepak Amerika Syarikat, MLS yang kini tersedia di Apple TV dan sudah mencuba nasib dengan NFL (tewas pada YouTube).

Apple Dilaporkan Berminat Mahu Siarkan EPL

Bahkan, siri terkenal di Apple TV iaitu Ted Lasso juga berkisarkan tentang bola sepak.

Waktu ini, lesen penyiaran perlawanan Premier League bernilai $6.2 bilion dipegang oleh Sky Sports, BT Sport dan Amazon Prime Video. Seperti dikongsi awal tadi, ia akan luput pada 2025.

Apple Dilaporkan Berminat Mahu Siarkan EPL

Untuk bidaan seterusnya, harganya dijangka meningkat kerana pemilik-pemilik kelab EPL percaya nilai $6.2 bilion itu agak rendah berbanding sepatutnya.

Bidaan ini akan berlangsung dalam tahun ini juga. Untuk pengetahuan anda, lesen penyiaran EPL ini sah untuk 3 tahun.

Berkaitan

  • Mufti WP Perjelas Hukum Sokong Kelab Bola Sepak Yang Iktiraf LGBT
  • Manchester City Sertai Metaverse, Jadi Kelab Pertama Ada Stadium Maya
  • Siaran Eksklusif Liga Perdana Inggeris Terus Dipegang Astro Sehingga Musim 2024/2025
  • Apple TV 4K 2022 Kini Dilengkapi Dengan Cip A15 Bionic, Harga Bermula RM699
  • Apple TV+ Dikhabarkan Bakal Hadir Dalam Telefon Pintar Android

Untuk MLS, Apple membayar sebanyak $2.5 bilion untuk tempoh 10 tahun.

November lalu, Apple cuba membida untuk hak penyiaran liga bola sepak Belanda iaitu Dutch Eredivisie yang dijangka mengambil kos $156-$2018 juta) setahun.

Sumber: PL, Apple Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY