Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple TV

Apple TV 4K 2022 Kini Dilengkapi Dengan Cip A15 Bionic, Harga Bermula RM699

Diterbitkan Oktober 20, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Seperti yang kita tahu, Apple kini sedang aktif mengeluarkan beberapa siri iPad yang baharu. Kini, Apple telah melancarkan lagi sebuah produk yang luar daripada siri tablet iaitu Apple TV 4K.

Walaupun tiada apa-apa peningkatan atau perubahan terhadap reka bentuknya, perubahan yang ketara berbanding TV 4K yang sebelumnya adalah kemasukan cip baharu. Cip ini digelar sebagai A15 Bionic Chip dan sudah pun digunakan ke dalam beberapa peranti yang terikini seperti siri iPhone 13, iPhone SE dan iPad Mini.

Berkaitan

  • Apple Umum iPad Pro Baharu - Cip M2, Harga Bermula RM3,899
  • Apple iPad Gen-10 Turut Diumumkan Dengan Cip A14 Bionic, Port USB-C
  • iPadOS 16 Akan Dilepaskan Pada 25 Oktober
  • Apple Dilapor Hentikan Sementara Pengeluaran iPhone 14 Plus
  • Prosser: iPhone SE 4 Dijangka Guna Rekaan iPhone XR
  • Apple Naikkan Harga Jualan iPad Air, iPad Mini Dan iPad Gen-9

A15 Bionic Chip dikatakan mampu memberi hampir 50% peningkatan terhadap CPU dan 30% peningkatan untuk grafik berbanding perisian Apple TV 4K yang sebelumnya. Peranti ini juga dilengkapi bersama Siri Remote yang boleh disambungkan dengan USB-C.

Siri Remote

Apple TV 4K akan tersedia dalam dua variasi iaitu 64GB di mana akan bergantung pada sambungan WiFi sahaja. Manakala, untuk versi 128Gb pula akan disertakan beberapa kelebihan di mana peranti tersebut boleh disambungkan dengan Gigabit Ethernet Port dan menyokong Thread mesh network.

Apple TV 4K 2022 Kini Dilengkapi Dengan Cip A15 Bionic, Harga Bermula RM699

Untuk soal harga, Apple TV 4K dilancarkan dengan harga yang lebih rendah berbanding versi yang lepas. Harga untuk peranti ini dimulakan dari RM699 dan RM799 manakala untuk versi pendahulu dimulakan dengan harga RM849. Siri Remote boleh dijual secara asing berharga RM269. Walau bagaimanapun, tarikh ketersediaan untuk kedua-dua peranti ini di Malaysia masih lagi belum diketahui.

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY