Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EPL LGBT

Mufti WP Perjelas Hukum Sokong Kelab Bola Sepak Yang Iktiraf LGBT

Diterbitkan Januari 19, 2022 oleh Amsyar Latif

Menerusi persoalan yang diajukan kepada Mufti Wilayah Persekutuan, ada yang bertanya tentang hukum menyokong kelab bola sepak yang mengiktiraf LGBT.

Seperti yang diketahui, banyak kelab bola sepak antarabangsa sekarang yang mengiktiraf LGBT. Jadi, adakah penyokong kelab tersebut turut dikira menyokongnya?

Oleh yang demikian, Mufti Wilayah tampil memperjelaskan isu tersebut.

Berdasarkan jawapan ringkas yang diberikan, tidak menjadi satu kesalahan pun untuk meminati mana-mana kelab bola sepak yang menyatakan solidariti atau berkempen ke arah normalisasi LGBT jika menyokong kelab tersebut sekadar untuk hiburan atas dasar meminati sukan bola sepak.

EPL Club

Adapun sikap mereka berkenaan isu LGBT atau hal-hal lain, maka itu berada di luar bidang kuasa kita. Maka, sekadar minat kepada kelab tersebut tidak termasuk dalam kerjasama atau tolong-menolong ke arah kemaksiatan yang dilarang oleh syarak.

Pun begitu, saat kita menyokong kelab yang diminati, hati kita mestilah disertai dengan rasa tidak redha dengan kempen mempromosi LGBT yang dijalankan.

Tambahan lagi, kita juga dilarang untuk memakai jersi yang mempunyai simbol sokongan terhadap gerakan LGBT seperti simbol pelangi pada lengan jersi dan dilarang juga untuk mengongsikan hantaran-hantaran di media sosial yang mempromosi amalan LGBT.

Ini kerana ia juga termasuk dalam kategori berkempen ke arah kemaksiatan.

Jadi, sebagai peminat sukan bola sepak, tidak menjadi satu kesalahan pun. Namun, janganlah kita turut terikut dalam mempromosi agenda mereka tersebut.

Apa-apa pun, anda boleh rujuk huraian jawapan penuh di laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan di SINI.

Sumber: muftiwp

Baca juga:

  • Jawapan Mufti Mengenai Hukum Pembelian Android Box

  • Mufti WP Perjelas Isu Syariah Terhadap Penggunaan ‘Shopee Pay Later’

  • Ada Unsur Perjudian Berkaitan Unknown Cash (UC) PUBG? Ini Jawapan Mufti

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY