Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro_kamera2

Apple Dilapor Bangunkan Sensor Imej Sendiri Untuk iPhone

Diterbitkan Ogos 5, 2025 oleh Amalina Athman

Apple dilaporkan dalam perancangan untuk memperkenalkan sensor imej baharu pada iPhone akan datang, dengan julat dinamik yang hampir setanding dengan mata manusia.

Pada Jun lalu, Apple memfailkan paten “Image Sensor With Stacked Pixels Having High Dynamic Range And Low Noise”. Paten ini menerangkan reka bentuk sensor dengan struktur silikon bertingkat, pelbagai lapisan tangkapan cahaya serta mekanisme pengurangan noise, bagi mencapai julat dinamik sehingga 20 stop.

Sebagai perbandingan, mata manusia dianggarkan memiliki julat dinamik sekitar 20 hingga 30 stop, manakala kebanyakan kamera telefon pintar hari ini hanya mencapai antara 10 hingga 13 stop.

Menurut Fixed Focus Digital di Weibo, projek ini bukan sekadar pemfailan paten. Apple dilaporkan telah membangunkan sensor tersebut dan kini mungkin sedang mengujinya pada peranti prototaip, menandakan ia berpotensi digunakan dalam peranti pengguna pada masa akan datang.

Ketika ini, Apple menggunakan sensor buatan Sony untuk keseluruhan barisan iPhone. Sensor Sony juga menggunakan reka bentuk dua lapisan, namun versi yang dicadangkan Apple hadir dengan beberapa ciri tersendiri dan menggunakan ruang yang lebih kecil.

Jika sensor ini menjadi kenyataan, ia bukan sahaja melepasi keupayaan iPhone sedia ada, malah berpotensi menyaingi banyak kamera profesional.

Lebih penting, peralihan kepada sensor buatan sendiri membolehkan Apple mengawal sepenuhnya proses pemprosesan imej. Ia selari dengan langkah syarikat itu yang sebelum ini menggantikan perkakasan daripada syarikat seperti Intel dan Qualcomm dengan teknologi sendiri.

Berkaitan

  • iPhone Masa Depan Mungkin Terima Naik Taraf Kamera 200MP
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • iPhone 17 Air Dilapor Satu-Satunya Model Dengan Bingkai Titanium
  • iPhone 16 Lebih Popular Daripada iPhone 15 - Tim Cook

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY