Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro_wisermy

iPhone 16 Lebih Popular Daripada iPhone 15 – Tim Cook

Diterbitkan Ogos 1, 2025 · Dikemas kini Ogos 1, 2025 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengumumkan laporan kewangan bagi suku ketiga fiskal 2025, dengan jualan iPhone mencatatkan pertumbuhan yang ketara.

Pendapatan daripada iPhone mencecah $44.6 bilion, meningkat 13% berbanding $39.2 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

Memetik laporan CNBC, CEO Apple Tim Cook berkata pendapatan iPhone kekal kukuh kerana iPhone 16 lebih popular berbanding model iPhone 15 yang dijual ketika itu.

Jualan iPhone 16 meningkat dengan kadar “dua digit yang kukuh” berbanding pendahulunya. Cook turut menekankan populariti iPhone 16 dalam kalangan pengguna iPhone sedia ada yang memilih untuk menaik taraf ke model terbaharu.

Kenyataan itu merangkumi iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max, namun beliau tidak mengulas lanjut mengenai model mana yang mencatatkan jualan tertinggi.

Selain iPhone, Apple turut mencatatkan pertumbuhan jualan Mac dengan peningkatan hampir 15%. Segmen perkhidmatan seperti langganan kandungan dan iCloud juga terus menunjukkan prestasi kukuh dengan pendapatan meningkat 13% kepada $27.42 bilion.

Namun begitu, jualan iPad serta kategori peranti boleh pakai dan aksesori menunjukkan penurunan sepanjang suku ini.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • iPhone 17 Pro Mungkin Hadir Dengan Warna Inspirasi 'Liquid Glass'
  • Gambar Terbaharu Ini Kuatkan Teori Rekaan iPhone 17
  • Jualan iPhone Kini Cecah 3 Bilion

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY