Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro_kamera2

iPhone Masa Depan Mungkin Terima Naik Taraf Kamera 200MP

Diterbitkan Mei 28, 2025 ยท Dikemas kini Mei 28, 2025 oleh Amalina Athman

Apple kini dilapor sedang menguji sensor kamera 200MP, menurut peniris terkenal Digital Chat Station dalam satu hantaran di Weibo.

Walaupun tiada butiran lanjut yang didedahkan., sensor kamera 200MP ini dijangka akan digunakan untuk kamera utama pada model iPhone akan datang.

Sebagai perbandingan, Samsung telah memperkenalkan kamera belakang 200MP pada Galaxy S23 Ultra pada tahun 2023, diikuti oleh S24 Ultra dan S25 Ultra yang turut dilengkapi sensor bersaiz sama.

Dengan kamera 200MP, iPhone mampu mengambil gambar dengan butiran lebih terperinci. Jumlah megapiksel yang lebih tinggi juga membolehkan foto dihasilkan dalam resolusi lebih tinggi, sekali gus memudahkan proses potongan (crop) gambar dan cetakan pada saiz lebih besar tanpa menjejaskan kualiti imej.

Namun begitu, model iPhone 17 Pro yang akan dilancarkan tahun ini dijangka masih akan menggunakan kamera 48MP. Selain itu, setakat ini tiada khabar angin mengenai penggunaan kamera 200MP untuk model iPhone 18 Pro.

Secara keseluruhan, naik taraf spesifikasi kamera sebesar ini dijangka mengambil masa beberapa tahun lagi sebelum diperkenalkan.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Kuo: Sekurang-Kurangnya Tiga Model iPhone 17 Akan Dilengkapi 12GB RAM
  • Face ID Bawah Skrin Pada iPhone 18 Pro Makin Hampir Jadi Realiti
  • iPhone Pada Masa Depan Mungkin Boleh Dikawal Menerusi Kawalan Minda

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY