Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
App Store

Apple – ‘Sideloading’ Akan Memberi Risiko Buat Pengguna iPhone

Diterbitkan Februari 3, 2022 oleh Amsyar Latif

Senat Amerika Syarikat baru-baru ini sedang mempertimbangkan Akta Pasaran Terbuka yang mana secara tidak langsung membenarkan gedung aplikasi alternatif serta memasang aplikasi pihak ketiga pada telefon pintar.

Namun, memetik laporan Bloomberg, Apple kini mendesak Amerika Syarikat untuk tidak berbuat demikian. Ini kerana Ketua Hal Ehwal Kerajaan Apple Tim Powderly menulis satu surat kenyataan bahawa mereka menentang perkara tersebut.

“App sideloading would allow bad actors to evade Apple’s privacy and security protections by distributing apps without critical privacy and security checks. These regulations will allow malware, scams and data exploitation to flourish.”

Beliau mengatakan ‘kegiatan’ sideloading pada peranti iPhone khususnya membuatkan pengguna mereka berisiko kepada perisian hasad, scam dan eksploitasi data.

Sekiranya akta ini dipersetujui, Apple sebenarnya terpaksa juga untuk memberikan kebebasan kepada pengguna.

Jika diikutkan, sideloading bukanlah sesuatu yang teruk. Ia tidak terhad untuk memasang aplikasi lanun. Akan tetapi, ia membolehkan pengguna iPhone untuk mudah memasang aplikasi lain yang tidak ditawarkan dalam gedung aplikasi App Store.

Tambahan lagi, ini bukanlah kali pertama Apple tidak suka dengan ‘kegiatan’ sideloading dalam iPhone atau iPad. Mereka sudah banyak kali menekankan bahawa perbuatan tersebut membahayakan penggunanya.

Sumber: Bloomberg

Baca juga:

  • Apple: Kalau Bagi ‘Sideloading’, Pengguna Akan Mudah Terdedah Dengan ‘Malware’

  • Apple Kata iOS Lagi Selamat Daripada Android

  • Apple Tekankan Aplikasi ‘Sideload’ Berbahaya Dan Tak Akan Tunduk Pada Kesatuan Eropah (EU)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY