Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple announce_TIME

Apple Dijangka Umum Produk Baharu Seawal Esok

Diterbitkan Januari 17, 2023 oleh Amalina Athman

Peniris terkenal, Jon Prosser kini menjangkakan Apple akan membuat pengumuman produk pertama untuk tahun 2023 melalui siaran akhbar di Apple Newsroom, seawal pagi esok.

Berkaitan

  • Gurman: Pelancaran Model MacBook Pro Baharu Dijangka Pada Awal 2023
  • Macbook Pro 2023, Mungkin Tiada Perubahan Besar Melainkan Cip Baharu
  • Apple Dilapor Akan Mula Beralih Kepada Skrin Tersuai Sendiri Pada 2024
  • Apple Dilaporkan Berminat Mahu Siarkan EPL

Pengumuman itu boleh menjadi salah satu daripada beberapa produk baharu yang dijangkakan dalam masa terdekat, termasuk model MacBook Pro dan Mac mini yang dikemas kini. Namun, tiada butiran lanjut yang didedahkan ketika ini.

keep an eye on apple’s newsroom tomorrow 😏

– jon

— fpt. (@frontpagetech) January 16, 2023

Dalam pada itu, Mark Gurman yang mempunyai kredibiliti dalam sejumlah rekod lepas, turut menyokong kenyataan tersebut. Menurutnya, MacBook Pro baharu akan diumumkan awal pagi esok, dengan diikuti taklimat akhbar dan edaran unit ulasan lewat minggu ini serta embargo sehingga 23 Januari 2023.

The new MacBook Pros are imminent (Apple does have an announcement tomorrow – with press briefings later this week and embargoes lifting next Monday). The new Macs arriving early this year first reported here in October https://t.co/P34OdoMRgZ https://t.co/9JlQ0ueBO1

— Mark Gurman (@markgurman) January 16, 2023

Sehingga itu, nantikan sahaja awal pagi esok jika Apple akan mengumumkan produk baharu atau sebaliknya.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY