Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gurman: Pelancaran Model MacBook Pro Baharu Dijangka Pada Awal 2023

Gurman: Pelancaran Model MacBook Pro Baharu Dijangka Pada Awal 2023

Diterbitkan Disember 19, 2022 oleh Amalina Athman

Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, Apple merancang untuk melancarkan model MacBook Pro 14-inci dan 16-inci dengan pilihan cip M2 Pro dan M2 Max pada awal tahun depan. Pada asalnya, komputer riba itu dijangka akan dilancarkan tahun ini, namun dilaporkan mengalami kelewatan secara dalaman.

Berkaitan

  • Apple Dikhabarkan Tangguh Keluaran Macbook Pro M2 Sehingga Mac 2023
  • Apple Rancang Lancar Macbook Dengan Paparan 20 Inci Dan Boleh Lipat

Sementara itu, dijangkakan tiada perubahan besar yang akan hadir untuk model MacBook Pro 14-inci dan 16-inci, selain pilihan cip yang dinaik taraf dan kemungkinan RAM yang lebih pantas.

Ketika ini, model MacBook Pro yang diperkenalkan pada Oktober 2021 dilengkapi dengan cip M1 Pro dan M1 Max serta menampilkan rekaan serba baharu bersama takuk pada paparan, port HDMI, MagSafe dan pembaca kad SD.

Dalam pada itu, Gurman juga menyatakan iMac baharu dengan cip M3 mungkin akan dilancarkan seawal penghujung 2023. Bagaimanapun, tidak dikongsikan butiran lanjut mengenainya.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY