Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 14_3

Apple Dilapor Akan Mula Beralih Kepada Skrin Tersuai Sendiri Pada 2024

Diterbitkan Januari 11, 2023 ยท Dikemas kini Januari 11, 2023 oleh Amalina Athman

Terdahulu, Apple dilapor mahu menggantikan cip Wi-Fi dan Bluetooth dengan cip sendiri serta menggabungkan fungsi modem selular, Wi-Fi dan Bluetooth dalam satu komponen.

Kini, laporan terbaharu menyatakan Apple merancang untuk mula menggunakan skrin paparan tersuai (custom) sendiri dalam peranti mudah alih bermula 2024, sebagai usaha mengurangkan pergantungan kepada pembekal sedia ada termasuk Samsung dan LG serta membawa lebih banyak komponen sendiri.

Berkaitan

  • Qualcomm Masih Dalam 'Dilema', Apple Mungkin Satu-Satunya Akan Guna Cip 3nm Tahun Ini
  • Apple Watch Ultra 2.1 Inci Mungkin Dilancarkan Pada 2024
  • Apple Mahu Gantikan Cip Wi-Fi Dan Bluetooth Dengan Cip Buatan Sendiri Menjelang 2025

Memetik laporan Bloomberg, peralihan Apple akan bermula dengan menyasarkan penukaran paparan dalam Apple Watch Ultra menjelang akhir tahun depan. Apple dijangka akan menaik taraf skrin OLED sedia ada kepada teknologi paparan microLED.

Setelah memperkenalkan paparan microLED untuk Apple Watch, Apple akan memperluaskannya kepada peranti lain, termasuk iPhone.

Selain Samsung dan LG, Apple juga mendapatkan paparan daripada syarikat seperti Japan Display, BOE Technology dan Sharp. Setakat ini, fokus Apple lebih tertumpu pada peranti mudah alihnya.

Walaupun begitu, Apple masih akan bergantung pada pembekal luar untuk mengendalikan pengeluaran besar-besaran paparan tersebut, dengan proses mereka bentuk paparan baharu dan pembuatan sepenuhnya in-house.

Dalam pada itu, Bloomberg juga menyatakan sasaran untuk beralih kepada skrin tersuai sendiri pada 2024 mempunyai potensi untuk ditangguhkan sehinga 2025, jika terdapat masalah pengeluaran.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY