Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
macbook pro m2

Macbook Pro 2023, Mungkin Tiada Perubahan Besar Melainkan Cip Baharu

Diterbitkan Januari 10, 2023 · Dikemas kini Januari 10, 2023 oleh Firdaus

Mengikut Gurman, siri MacBook Pro 2023 berkemungkinan besar tidak mempunyai sebarang perubahan besar padanya. Selain itu, MacBook Pro 14 inci dan 16 inci juga dikatakan bakal mempunyai rekaan luaran dan fizikal yang sama.

Seperti pendahulunya, siri MacBook Pro baharu ini akan kekalkan 3 port USB-C Thunderbolt-3, 1 port HDMI, slot kad SD, 3.5mm bicu audio dan pengecasan MagSafe.

macbook pro 13

Walaupun begitu, siri baru tersebut dikatakan tidak menawarkan sebarang perubahan besar yang lain selain daripada cip M2 Pro dan M2 Max.

Namun, saya berpendapat penggunaan cip siri M2 baharu itu adalah lebih daripada cukup untuk MacBook Pro yang baharu ini. GeekBench menunjukkan cip paling berkuasa, M2 Max skor 2,027 untuk teras tunggal dan 14,888 untuk multiteras.

Sementara itu, M1 Max yang terdahulu mencatatkan skor hanya sebanyak 1,781 dalam teras tunggal dan 12,683 dalam multiteras.

Berkaitan

  • AMD Dakwa Cip Baharu Mereka 30% Lebih Pantas Dari Apple M1 Pro
  • iPhone 15 Dilapor Sudah Memasuki Fasa Ujian Pembangunan Awal
  • MIUI 14 - Ini 10 Peranti Terawal Yang Mungkin Dapat Kemas Kini
  • Apple Mahu Gantikan Cip Wi-Fi Dan Bluetooth Dengan Cip Buatan Sendiri Menjelang 2025
  • MacBook Air 15 Inci Dijangka Hadir Tahun Ini

Dari segi ketersediaan, sesetengah produk MacBook ini mungkin akan diperkenalkan pada Mac ini, dan ada yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.

Sumber: Tom’s Guide

Gambar utama: macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY