Apple Dijangka Perkenalkan iPhone SE 2 Tahun Hadapan

Kali pertama diperkenalkan pada Mac 2016, iPhone SE boleh dikatakan antara produk Apple yang menerima maklum balas baik daripada pembeli.

Berdasarkan khabar angin yang terbaru, syarikat yang berpengkalan di Cupertino tersebut bakal menghasilkan versi kedua dalam siri SE. Untuk model iPhone SE 2 ini, dijangka pengenalannya berlangsung pada pertengahan tahun hadapan yang mana ia akan dihasilkan di India.

Menjadikan India sebagai pasaran utama, model baru itu menyasarkan kepada pasaran bajet dengan saiz skrin 4 inci serta rekaan klasik yang mudah dibawa.

Beberapa desas-desus lain adalah, iPhone SE 2 akan membawakan storan dalaman sebesar 32GB dan 128GB, RAM 2GB digandingkan dengan cip pemprosesan A10 yang menjadikan ia sebaris iPhone 7 tetapi berbeza dari segi saiz skrin paparan.

Sumber: 9to5Mac