Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Memohon Maaf Selepas Insiden iPhone ‘Perlahan’ Mereka

Apple Dijangka Kehilangan RM 40 Bilion Daripada Program Penukaran Bateri

Diterbitkan Januari 7, 2018 oleh Wiser MY

Apple Inc membuat keputusan untuk menurunkan harga penukaran bateri bagi peranti iPhone terpilih dalam usaha mereka untuk memohon maaf kepada pelanggan mereka yang terjejas dengan penurunan prestasi iPhone mereka.

Barclays bagaimanapun meramal tindakan ini akan merugikan Apple dari segi penjualan model baru iPhone mereka.  Mereka menjangkakan jualan iPhone menurun sebanyak 16 juta unit yang secara kasar berjumlah RM 40 bilion.

images (2)

Barclays menekankan beberapa faktor yang akan terjadi selepas program penukaran bateri ini dilancarkan.

  1. Memandangkan isu iPhone yang perlahan ini mendapat perhatian meluas, program penukaran bateri ini juga terpalit dengan perhatian yang sama membuatkan ramai pengguna iPhone mendapat tahu tentang program ini.
  2. Dengan harga serendah RM 129  di Malaysia, pengguna boleh menikmati bateri asli dari Apple dan secara langsung meningkatkan jangka hayat penggunaan iPhone mereka sekurang-kurangnya 2 tahun lagi.
  3. Program ini ditawarkan kepada peranti iPhone 6 dan keatas, membuatkan situasi pembeliaan model terbaru kurang menarik.

Apple masih lagi menghadapi saman dari pengguna mereka disebabkan isu penurunan prestasi iPhone mereka dan hasil keputusan mahkamah pasti akan ditunggu-tunggu oleh pemerhati industri.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY