Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Komputer Riba Terbaru Apple Macbook Pro 16 Inci Diperkenalkan Secara Rasminya

Komputer Riba Terbaru Apple Macbook Pro 16 Inci Diperkenalkan Secara Rasminya

Diterbitkan November 14, 2019 · Dikemas kini November 14, 2019 oleh ariff bukhari

Apple menyatakan ia sebagai komputer riba profesional terbaik di dunia.

Selepas hangat dengan khabar angin sejak Mac lalu, Apple akhirnya memperkenalkan secara rasminya model terbaru Macbook Pro 16″ kepada umum yang Apple nyatakan sebagai komputer riba profesional terbaik di dunia.

Apple nyatakan ia sebagai model komputer riba profesional kerana secara khusus Apple mensasarkan penggunanya adalah terdiri daripada pembangun perisian, jurugambar profesional, pembikin filem, ahli saintis, pemuzik profesional serta mereka yang mahukan perkakasan terbaik untuk tugasan harian mereka.

Rekaan papan kekunci terbaru

Selain saiz, Apple turut melengkapi rekaan papan kekunci terbaru “Magic Keyboard“ yang menggunakan rekaan gunting menggantikan rekaan papan kekunci bermasalah, butterfly serta kembalinya semula butang kekunci esc.

Magic Keyboard

Spesifikasi

Terdapat 2 model Macbook Pro 16″ ditawarakan iaitu model yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Gen-9, 2.6GHz 6 Teras, storan berkapasiti 512 GB, RAM 16GB dan grafik yang dikuasakan oleh 7nm AMD Radeon Pro 5300M dengan 4GB memori. Model ini berharga dari RM10,499.00.

Manakala model keduanya adalah Macbook Pro 16″ yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Gen-9, 2.3GHz 8 Teras, storan berkapasiti 1TB, RAM 16GB dan grafik yang dikuasakan oleh 7nm AMD Radeon Pro 5500M dengan 4GB memori. Model ini berharga dari RM12,199.00.

Bateri Macbook Pro 16 2019

MBP 16″ 2019 ini akan mula ditawarkan di pasaran A.S minggu ini dan pasaran seluruh dunia kemudiannya.

Untuk pengetahuan anda, kemunculan Macbook Pro 16″ juga menandakan penamatan keluaran model MBP 15″ sepenuhnya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY