Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Bukan Lagi Syarikat Paling Berinovasi Di Dunia

Posted on Februari 27, 2019

Pernah dengar nama syarikat Meituan Dianping?

Apple pada tahun 2018 lalu telah dinobatkan sebagai syarikat paling berinovasi di dunia dan menjana keuntungan sebanyak USD229.2 billion pada tahun 2017.

Walaubagaimanapun, data terbaru dari Fast Company menunjukkan kejatuhan mendadak kedudukan Apple sebagai syarikat paling berinovasi di dunia. Malah mereka tidak tersenarai pun dalam 10 tangga teratas.

Sekadar tangga ke 17

Jika tahun 2018 Apple di tangga pertama, tetapi untuk tahun 2019 ini, Apple hanya sekadar di tangga ke 17 sahaja.

Menurut Fast Company, inovasi terbaik Apple pada tahun 2018 bukanlah pada barisan model terbaru iPhone atau iPad, sebaliknya kemunculan cip pemprosesan A12 Bionic merupakan inovasi terbaik Apple.

Cip pemprosesan 12 Bionic digunakan dalam peranti pintar iPhone XR, XS, XS Max. 12X Bionic yang lebih berkuasa pula digunakan dalam peranti iPad Pro 12.9″ dan iPad Pro 11″.

Cip pemprosesan A12 merupakan cip pertama yang dibangun berasaskan proses pembuatan tujuh-nanometer.

Dengan 6.9 bilion transistor yang dimilikinya, ia telah meningkatkan prestasi peranti pintar Apple secara dramatik dengan menjadikannya lebih pantas, penggunaan kuasa yang lebih rendah dan memberikan lebih kuasa bagi menjalankan aplikasi intensif yang melibatkan ciri seperti kecerdasan buatan (artificial intelligence – AI), realiti diperkukuhkan (augmented reality – AR) dan penghasilan imej berkualiti tinggi.

Walaubagaimanapun, pembangunan cip A12 Bionic masih belum cukup mengekalkan status Apple sebagai sebuah syarikat paling berinovasi di dunia.

50 syarikat paling berinovasi di dunia bagi tahun 2019

Jadi, syarikat manakah yang dinobatkan sebagai syarikat paling berinovasi di dunia?

Berikut adalah senarai 50 syarikat paling berinovasi di dunia bagi tahun 2019. Menurut Fast Company, syarikat-syarikat ini telah memberikan impak paling besar terhadap industri dan budaya serta berkembang dalam keadaan dunia yang tidak menentu pada masa kini :-

  1. Meituan Dianping
  2. Grab
  3. NBA
  4. Walt Disney Company
  5. Stitch Fix
  6. Sweetgreen
  7. Apeel Sciences
  8. Square
  9. Oatly
  10. Twitch
  11. Target
  12. Shopify
  13. AnchorFree
  14. Peloton
  15. Alibaba Group
  16. Truepic
  17. Apple
  18. Unity Technologies
  19. Domino’s
  20. Plaid
  21. Universal Music Group
  22. Airtable
  23. Lineage Logistics
  24. Kano
  25. Winc
  26. Zola
  27. LanzaTech
  28. JioSaavn
  29. Jumio
  30. Foundation Medicine
  31. Arterys
  32. Alnylam Pharmaceuticals
  33. Beautycounter
  34. Sonder
  35. Indigo Ag
  36. Nubank
  37. GOAT
  38. Snøhetta
  39. African Leadership University
  40. Fanatics
  41. Unmade
  42. Modern Fertility
  43. Rocket Lab
  44. A24
  45. Teachers Pay Teachers
  46. Ammunition
  47. Sesame Workshop
  48. Acorns
  49. Mozilla
  50. Punch Bowl Social

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress