Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Bakal Lancar 3 Model Mirip Rekaan iPhone X Pada Tahun Hadapan

Apple Bakal Lancar 3 Model Mirip Rekaan iPhone X Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan November 14, 2017 · Dikemas kini November 15, 2017 oleh Helmi Samsuri

Hampir sebulan lebih sahaja lagi tirai 2017 bakal berlabuh, dan kini sudah mula kedengaran khabar angin mengenai peranti yang akan dikeluarkan tahun hadapan.

Antara desas-desus yang diperkatakan adalah tentang Apple yang mungkin akan keluar dengan 3 buah model baru bagi tahun 2018. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Ming-Chi Kuo, model-model tersebut tampil dengan rekaan mirip seperti iPhone X dengan sentuhan bingkai nipis serta “rongak” dibahagian atas.

Apple Bakal Lancar 3 Model Mirip Rekaan iPhone X Pada Tahun Hadapan

Jika sebelum ini, iPhone X (5.8 inci) adalah telefon yang mempunyai skrin paling besar pernah dikeluarkan oleh Apple, namun berdasarkan dari imej diatas, 2 model tahun 2018 ditawarkan dengan skrin berukuran 6.5 inci dan 6.1 inci.

Versi 5.8 inci dan 6.5 inci dikatakkan bakal menggunapakai panel OLED sementara 6.1 inci hanya menggunakan panel LCD yang mana ia bakal dipasarkan sebagai peranti kelas permulaan dan dalam lingkungan harga $649-$749 (~RM2721.06 – ~RM3140.33)

Sumber: MacRumours

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY