Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp mac

WhatsApp Lancar Aplikasi Untuk Mac Baharu Dengan Sokongan Panggilan Kumpulan

Diterbitkan Ogos 30, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 30, 2023 oleh Amalina Athman

Awal tahun ini, Meta telah memperkenal aplikasi natif WhatsApp untuk macOS. Terbaharu, Meta kini melancarkan aplikasi WhatsApp untuk macOS yang baharu, dengan tambahan sokongan panggilan kumpulan dan sebagainya.

Berkaitan

  • Ini Antara Ciri Baharu Yang Sudah Tersedia Di WhatsApp
  • WhatsApp Mudahkan Pengguna Hantar Mesej Tanpa Perlu 'Save' Nombor
  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Selepas Gambar, Kini WhatsApp Sokong Muat Naik Video Dalam HD Pula

Melalui aplikasi WhatsApp untuk Mac yang baharu, ia kini menyokong panggilan kumpulan sehingga 8 orang untuk panggilan video dan 32 orang untuk panggilan audio.

Pengguna Mac juga boleh menyertai panggilan kumpulan selepas dimulakan, melihat sejarah panggilan serta memilih untuk menerima notifikasi panggilan masuk walaupun semasa aplikasi ditutup.

Sebagai tambahan, perkongsian fail kini boleh dilakukan dengan cara seret dan lepas (drag & drop) ke dalam perbualan serta boleh melihat lebih banyak sejarah sembang.

Seperti di peranti yang lain, WhatsApp untuk Mac juga dilindungi penyulitan hujung ke hujung. Buat masa ini, aplikasi WhatsApp untuk Mac yang baharu boleh dimuat turun melalui WhatsApp.com, dan akan hadir di Mac App Store tidak lama lagi.

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY