Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tesla apps apple watch

Aplikasi Tesla Akan Tersedia Untuk Apple Watch

Diterbitkan Disember 3, 2024 · Dikemas kini Disember 3, 2024 oleh Amalina Athman

Tesla secara rasmi mengumumkan bahawa aplikasi Tesla akan tersedia untuk Apple Watch bermula bulan ini.

Dengan aplikasi Tesla, pemilik kenderaan itu boleh menjadikan Apple Watch sebagai kunci digital, memberikan akses yang sebelum ini hanya terhad kepada aplikasi telefon pintar.

Aplikasi untuk watchOS ini kelak membolehkan pengguna membuka kunci atau mengunci kenderaan, membuka but hadapan, memeriksa status bateri dan menyesuaikan tetapan kawalan suhu.

https://t.co/X58n3u0vMM

— Tesla (@Tesla) December 2, 2024

Ketika ini, pemilik Tesla yang menggunakan jam tangan pintar terpaksa bergantung pada aplikasi pihak ketiga seperti Watch for Tesla untuk melaksanakan pelbagai fungsi ini. Dengan aplikasi Tesla kelak, pengguna boleh menggunakan aplikasi rasmi daripada syarikat itu secara percuma.

Tesla mengumumkan aplikasi untuk Apple Watch sebagai sebahagian daripada ‘2024 Tesla Holiday Update’.

Your Tesla will keep improving long after you’ve bought it

For free, for years https://t.co/tkWNzIKfAM

— Tesla (@Tesla) December 2, 2024

Selain aplikasi Tesla untuk watchOS, kemas kini lain yang akan hadir untuk iPhone termasuk melihat klip Dashcam & Sentry Mode secara terus daripada aplikasi Tesla dan menyimpannya ke telefon untuk menyunting atau berkongsi rakaman video tersebut.

Berkaitan

  • Pengguna EV Wajib Pasang Salah Satu Daripada 6 Aplikasi Ni
  • Aplikasi Tesla Paling Disenangi Pengguna EV Premium Di AS
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Stesen Pengecas 500kW Tesla Supercharger V4 Akan Dilancar Pada 2025

Sumber: Tesla

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY