Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tesla app

Aplikasi Tesla Paling Disenangi Pengguna EV Premium Di AS

Diterbitkan Jun 16, 2024 oleh ariff bukhari

Apabila anda pengguna EV, aplikasi daripada pengeluar EV itu pastinya akan dipasang ke dalam telefon pintar anda untuk memudahkan anda mengakses pelbagai kemudahan yang ditawar seperti tetapan, akses kepada ciri tambahan EV, carian stesen pengecasan dan menetapkan jadual pengecasan, kemas kini dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, tidak semua aplikasi EV yang dibangunkan oleh pengeluar untuk EV mereka mesra dan disukai penggunanya.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh J.D. Power hasil daripada kaji selidik indeks kepuasan hati pengguna EV di AS terhadap aplikasi EV, pengeluar  EV meliputi pelbagai jenama mesti meningkatkan pengalaman sambungan aplikasi mudah alih untuk memenuhi keperluan pemiliknya.

“Pengalaman dan prestasi keseluruhan aplikasi mudah alih kenderaan elektrik telah bertambah baik dari tahun ke tahun, apabila pengeluar terus mengenal pasti bidang peluang, termasuk kandungan ciri, kebolehgunaan dan ketersambungan keseluruhan. Bagaimanapun, tumpuan berterusan terhadap keperluan khusus pemilik EV diperlukan untuk meningkatkan lagi pengalaman dan kepercayaan pengguna.” Jason Norton, pengarah perundingan penanda aras di JD Power.

Dalam laporan itu, J.D Power mendapati, Tesla menduduki tempat teratas secara keseluruhan dan tertinggi dalam segmen jenama premium aplikasi mudah alih EV, dengan skor 847 (pada skala 1,000 mata). Diikuti Mercedes Mee Connect (843) di tempat kedua dan My BMW (834) berada di kedudukan ketiga.

Screenshot 2024-06-16 144841

Tetapi, walaupun Tesla menerima skor yang tinggi, menurut J.D. Power,   pemilik Tesla mengatakan mereka mengalami masalah berkaitan sambungan—meningkat daripada 30% pada 2023 dan 20% pada 2022.

“Trend bermasalah ini mungkin menunjukkan bahawa peningkatan penggunaan aplikasi membebankan kapasiti rangkaian aplikasi Tesla.” J.D. Power.

Bagi segmen pasaran global aplikasi mudah alih EV pula, MyHyundai with Bluelink berada di kedudukan teratas dengan skor 835. Kia Access (829) di tempat kedua dan FordPass (810) menduduki tempat ketiga.

Screenshot 2024-06-16 145129

Laporan J.D. Power menunjukkan, jenama berprestasi tinggi menangani keperluan dan ciri yang dikehendaki oleh pemilik, seperti keupayaan untuk memantau caj aktif dengan tepat; tetapkan keutamaan pengecasan (cth., keadaan caj maksimum, jadual pengecasan, pemasa berlepas); dengan palam dan integrasi caj (plug and charge integration) untuk pengalaman pengecasan awam yang dipertingkatkan.

Laporan itu termasuk aplikasi daripada 25 jenama teratas yang layak menerima anugerah yang menjual EV di Amerika Syarikat; 10 jenama EV berprofil di China; dan sembilan jenama EV berprofil di Eropah.

Selain itu, hampir 1,300 pemilik EV di Amerika Syarikat telah ditinjau pada April-Mei 2024 untuk mengumpulkan pandangan mengenai penggunaan aplikasi; keputusasaan ciri; dan pelaksanaan keseluruhan aplikasi untuk laporan 2024 itu.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Aplikasi Hello smart Akan Sokong 4 Stesen Pengecas EV Berbeza

Sumber: J.D. Power

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY