Pengguna EV Wajib Pasang Salah Satu Daripada 6 Aplikasi Ni

Musim cuti sekolah yang panjang bakal tiba tidak lama lagi. Rakyat Malaysia pula yang berkemampuan semakin ramai beralih kepada kenderaan elektrik yang turut disyorkan kerajaan.

Jadi, bagi memudahkan anda merancang perjalanan pulang ke kampung atau perjalanan ke lokasi percutian dengan EV anda, di sini dikongsikan 6 aplikasi berguna dan bermaklumat untuk pengguna EV membuat penyelarasan pengecasan anda dengan mudah.

Aplikasi ini antara lain, akan turut menjadi penting untuk memastikan perjalanan anda kekal lancar, tanpa perlu membuat perhentian kecemasan seperti di sepanjang pusat hentian Rehat & Rawat (RNR) PLUS.

1. Aplikasi Mercedes Me


Eksklusif untuk pemilik Mercedes-Benz, aplikasi Mercedes Me membolehkan anda melihat lokasi pengecasan yang tersedia untuk anda di autohaus Mercedes-Benz terdekat atau di sekitar anda.



Aplikasi Mercedes Me tersedia untuk pemilik Mercedes-Benz dan menyokong telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Android 8 dan terbaru atau iOS 14 dan terbaru.

Istimewa bagi pengguna Mercedes-Benz, anda boleh caj secara percuma EV anda itu di autohaus Cycle & Carriage berdekatan sementara anda menikmati masa singkat berehat dan jemput di Cycle & Carriage Star Lounge.



Pakar perkhidmatan dari Cycle & Carriage Mercedes turut mengesyorkan kepada pengguna EV untuk merancang caj EV mereka apabila EV itu mencapai kapasiti 30%.

Ini membolehkan anda masa yang mencukupi untuk mencari lokasi pengecasan.

Atau anda boleh memiliki Pengecas EV mudah alih Mercedes, Juice Booster 2 yang bukan sahaja boleh menyampaikan sehingga 22kW, tetapi juga sesuai untuk kegunaan luar dan perjalanan.

Ini sekali gus memberikan fleksibiliti kepada anda jika anda menuju ke lokasi yang anda tidak pasti supaya anda boleh menempuh jarak tanpa risau.

Juice Booster 2 kini tersedia untuk pembelian dari Cycle & Carriage pada RM6,988.00.



Pengecas EV mudah alih ini dilengkapi dengan palam untuk standard soket dinding isi rumah untuk memenuhi keperluan pengecasan anda.

Jadi, sama ada anda berada di lokasi terpencil, acara atau di rumah keluarga, selagi terdapat sambungan elektrik, anda mempunyai pilihan untuk mengecas EV anda.

2. PlugShare


Aplikasi PlugShare membolehkan anda melihat stesen pengecasan EV di sepanjang laluan anda, bilangan slot pengecasan setiap stesen dan juga jenis pengecas.

PlugShare membantu pemandu mencari pengecas yang serasi dengan mana-mana EV, termasuk Tesla Model X, Tesla Model Y dan Tesla Model 3; Ford Mustang Mach-E, Chevrolet Bolt, VW ID.4, Nissan LEAF, BMW i3, Audi e-tron, Hyundai Kona, Hyundai Ioniq 5, Porsche Taycan, Kia e-Niro, Volvo XC40, Polestar dan semua kenderaan elektrik lain di pasaran.



PlugShare menyokong telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Android atau iOS 15 dan terbaru. PlugShare juga tersedia diakses menerusi aplikasi pelayar di komputer meja/riba di laman https://www.plugshare.com/ yang memaparkan pelbagai informasi penting untuk mengecas EV anda.


3. ABRP (A Better Routeplanner)


Sama seperti PlugShare tetapi ABRP dilengkapi dengan ciri tambahan yang memberikan petunjuk kasar tentang jumlah caj yang diperlukan untuk perjalanan berdasarkan model kereta anda.



Aplikasi ABRP (A Better Routeplanner) tersedia untuk telefon pintar Android dan iOS serta boleh diakses menerusi aplikasi pelayar di komuter meja/riba di laman https://abetterrouteplanner.com/.


4. JomCharge


Aplikasi JomCharge memudahkan anda menyemak lokasi pengecas Gentari/JomCharge.

Selain itu menerusi JomCharge, pengguna EV boleh melihat status masa nyata pengecas, memulakan/menghentikan sesi pengecasan dan membuat pembayaran untuk sesi pengecasan.

Berikut adalah ciri-ciri utama JomCharge:
1. Peta Pengecas menunjukkan lokasi dan status pengecas
2. Mula/Hentikan Pengecasan
3. Pembayaran kad kredit terjamin melalui Razerpay
4. Auto-cas/plug-and-cas pada stesen pengecasan terpilih





Aplikasi JomCharge tersedia untuk telefon pintar Android 7 atau terbaru dan iOS 12 atau terbaru.

5. ChargeEV


Secara amnya, ChargeEV adalah aplikasi untuk menyemak lokasi pengecas ChargeEV yang disediakan oleh Yinson GreenTech, pembekal utama rangkaian infrastruktur pengecasan rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura.

Terdapat sebanyak 336 pengecas ChargeEV setakat ini di lokasi-lokasi strategik di seluruh Malaysia.



Anda boleh menyemak lokasi pengecas ChargeEV menerusi aplikasi ChargeEV di telefon pintar Android dan iOS.



Untuk info lanjut tentang chargEV, layari https://chargev-ygt.com/.

6. ParkEasy


Apliksi ParkEasy memudahkan pengguna menyemak lokasi pengecas Shell/ParkEasy. Anda juga boleh menempah tempat terlebih dahulu untuk memastikan anda mempunyai tempat semasa ketibaan.





Aplikasi ParkEasy tersedia untuk telefon pintar Android 5 atau terbaru dan iOS 12 atau terbaru. ParkEasy juga boleh diakses menerusi aplikasi pelayar di komputer meja/riba di laman https://parkeasy.web.app/.

Untuk info lanjut tentang ParkEasy, layarai laman rasmi ParkEasy FAQ.



Semoga bermanfaat.

{suggest}

Sumber: Siaran media Cycle & Carriage