Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PC Manager

Aplikasi Talaan Windows 10 Dan 11 Terima 2 Ciri Baharu

Diterbitkan November 3, 2024 · Dikemas kini November 4, 2024 oleh ariff bukhari

Microsoft baru sahaja mengeluarkan versi baharu aplikasi PC Manager , alat talaan percuma untuk mengoptimumkan sistem Windows 10 dan Windows 11.

Menerusi PC Manager v3.14, Microsoft memperkenalkan 2 ciri baharu yang menarik, iaitu yang pertama adalah anda kini boleh melihat kelajuan internet anda terus dalam taskbar Windows.

Ini bermakna anda boleh melihat seberapa pantas kelajuan muat naik dan muat turun sambungan internet anda dalam masa nyata.

PC Manager
Aktifkan tetapan Show toolbar on the desktop di aplikasi PC Manager.

Kedua pula adalah ciri yang membolehkan anda lebih mudah mengosongkan storan daripada fail-fail yang tidak lagi digunakan.

Penambahbaikan ini menjadikan PC Manager lebih mengenali dan mengalih keluar fail sementara dan fail yang tidak diperlukan dengan lebih cepat.

PC Manager
PC Manager kini boleh menganalisis storan OS dengan cepat, membantu anda memahami penggunaan storan dengan mudah dan menawarkan cadangan untuk mengurus ruang storan anda.

Jika anda belum memasang aplikasi PC Manager ini, anda boleh dapatkannya secara percuma dari Microsoft Store sekarang.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari

Sumber: Windows Latest

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY