Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ryt Bank_featured image

Aplikasi Ryt Bank Kini Sokong Bahasa Cina, Ryt AI Akan Terima Ciri Pembayaran QR

Diterbitkan September 17, 2025 · Dikemas kini September 17, 2025 oleh Amalina Athman

Ryt Bank kini melancarkan aplikasi dalam versi Bahasa Cina, melengkapkan pilihan sedia ada dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Tetapan bahasa boleh diubah menerusi Profile > General > Set preferred language.

Ryt Bank Bahasa Cina

Menjelang akhir September, Ryt AI dijangka lebih pintar dengan kemas kini yang membolehkan pembayaran QR, selain pindahan wang dan bayaran bil. Kemas kini ini juga termasuk ciri toggle yang dipertingkatkan bagi menjadikan setiap transaksi lebih pantas dan lancar.

Selain itu, aplikasi Ryt Bank juga akan menawarkan aliran JomPay dengan integrasi sepenuhnya bagi memudahkan pengguna menguruskan bil dan pembayaran dalam satu tempat.

Ciri sedia ada lain termasuk faedah harian sehingga 4% setahun, Ryt PayLater dengan kredit segera sehingga RM1,499, serta pelbagai ganjaran eksklusif Kad Ryt seperti baucar Shopee, diskaun 20% di restoran YTL Hotels dan sebagainya.

Berkaitan

  • Malaysia Lancar Bank Pertama Di Dunia Dikuasakan AI
  • Bukan Sekadar Bank Digital Biasa, Ini Bezanya Ryt Bank
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Daripada 5 Bank Digital, Hanya 2 Dilesenkan Bank Digital Islam Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY