MyCERT merupakan perkhidmatan awam yang menyediakan respons kecemasan berkaitan keselamatan komputer dan seumpamanya. Agensi itu menjelaskan bahawa taktik digunakan hampir serupa dengan kes-kes terdahulu tetapi kali ini, ia melibatkan penggunaan aplikasi PDRM palsu.
Penipu membuat panggilan kepada mangsa dengan menyamar sebagai pihak berkuasa. Mangsa akan dituduh terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan dalam masa yang sama diugut untuk ditahan.
Selepas itu, mangsa dipaksa untuk memuat turun dan memasang aplikasi perisian hasad yang dihantar melalui pautan SMS. Ia memperdaya mangsa dengan memaparkan logo PDRM pada aplikasi berkenaan.
Setelah dipasang, aplikasi PDRM palsu itu akan menggantikan sistem SMS sedia ada dan ia berupaya membaca setiap pesanan teks yang dihantar dan diterima telefon mangsa.
Melaluinya, pihak tidak bertanggungjawab itu dapat membaca kod TAC untuk digunakan sebagai pengesahan transaksi perbankan dalam talian tanpa persetujuan mangsa. Sejumlah aduan telahpun diterima MyCERT dari institusi kewangan mengenai perkara ini.
Jadi bagi anda diluar sana, sila berhati-hati sekiranya menerima panggilan yang mendakwa mereka adalah pihak berkuasa dan jangan sesekali memasang aplikasi yang tidak diketahui kesahihannya.
Anda boleh ikuti tips ini untuk mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan menerusi panggilan telefon.
Sumber: MyCERT via Lowyat.net
Berkaitan
- Xiaomi Mi Mix 2S Dirasmikan Dengan Snapdragon 845 Dan Dwi Kamera Utama
- Grab Super App- Himpunkan Pelbagai Perkhidmatan Dalam Satu Aplikasi Utama
- Khabar Angin OnePlus 6T Mungkin Dilengkapi Dengan 3 Kamera Utama Serta Kamera Pop-Up
- Nokia 9 Dikhabarkan Membawa Tetapan Dwi Kamera Utama Dan Snapdragon 835
- Lenovo Z5 Pro Akan Dilengkapi Dengan 4 Kamera Utama
- Honor View20 Dilancar Secara Rasmi, Kamera Utama 48MP Dengan Sokongan 3D TOF
- Vivo Superday Sale Vivo V15 Diadakan 23 Mac Ini Di Pusat Beli Belah One Utama
- 5 Syarikat Pengeluar Telefon Pintar Utama Bagi Suku Ke-3 2017
- Instagram Mungkin Pisahkan Fungsi Direct Message Dari Aplikasi Utama, Tampilkan Aplikasi "Direct"
- #MWC2019 - Nokia 9 Pureview Dengan 5 Kamera Utama!