Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas Dibuang, Ciri Popular Versi WhatsApp Web Dan Desktop Ini Kembali

Selepas Dibuang, Ciri Popular Versi WhatsApp Web Dan Desktop Ini Kembali

Diterbitkan November 29, 2023 ยท Dikemas kini November 29, 2023 oleh ariff bukhari

Keupayaan untuk menghantar media yang hanya dapat dilihat sekali sebelum hilang – atau ‘musnah kendiri diri’ telah diperkenalkan WhatsApp pada tahun 2021 dahulu.

WhatsApp berkata, ciri itu “Menetapkan berapa lama mesej berlangsung harus berada di tangan anda.”

Langkah itu dipuji sebagai kemenangan untuk privasi oleh banyak pihak, sekali gus menghalang foto dan video dimajukan kepada pengguna lain.

Bagaimanapun, beberapa badan amal kanak-kanak menimbulkan kebimbangan mengenai fungsi itu, sambil memberi amaran ia boleh membenarkan pendera berkongsi dan melakukan penderaan kanak-kanak.

Tetapi, selain daripada kebimbangan itu, pengguna menyukai ciri baharu tersebut, menjadikannya sebagai salah satu ciri aplikasi yang paling popular.

Malangnya, WhatsApp memutuskan untuk tidak menawarkannya pada versi WhatsApp Web/Desktop pada tahun lepas.

WhatsApp mengalih keluar ciri itu kerana ia tidak dapat menghalang pengguna WhatsApp versi itu daripada membuat tangkap layar media, tidak seperti pada WhatsApp di telefon pintar.

Namun begitu, ciri itu kini kembali – walaupun belum disahkan sama ada isu itu telah diatasi atau tidak.

“Pengenalan semula ciri ini akhirnya membolehkan pengguna menghantar foto dan video yang boleh dilihat hanya sekali, menghalangnya daripada disimpan dalam memori peranti dan menawarkan tahap privasi yang lebih baik.” WABetaInfo.

Selepas Dibuang, Ciri Popular Versi WhatsApp Web Dan Desktop Ini Kembali

Menurut WABetaInfo, tidak semua pengguna WhatsApp Web/Desktop mempunyai ciri tersebut, tetapi ia dijangka akan dilancarkan kepada semua pengguna dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • 'Extension' Microsoft 365 Tamat Januari 2024, Ini Cara Buang Dari Pelayar
  • Selepas Letak Jawatan, Kebanyakkan Pekerja Apple Pergi Ke Google - Kajian
  • Filem Aksi Sebenar Naruto Bakal Jadi Kenyataan

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY