Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SARA MyKasih_

Aplikasi MyKasih Akan Beralih Ke OTP E-mel Mulai 1 Januari 2026 – Ini Cara Tetapkan

Diterbitkan Disember 24, 2025 · Dikemas kini Disember 25, 2025 oleh Amalina Athman

Aplikasi MyKasih akan melaksanakan kod laluan satu kali (OTP) e-mel sebagai kaedah pengesahan log masuk bagi menggantikan OTP SMS, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Menurut MyKasih Foundation, peralihan ini bertujuan untuk menawarkan pengalaman log masuk yang lebih selamat dan dipercayai bagi semua pengguna.

Sehubungan itu, penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang menggunakan aplikasi MyKasih perlu mendaftarkan alamat e-mel sebelum 31 Disember 2025.

OTP emel mykasih

Namun begitu, perlu diketahui bahawa perubahan ini hanya melibatkan penerima SARA bulanan sahaja.

Cara kemas kini e-mel dalam aplikasi MyKasih

Sebelum memulakan proses pendaftaran, pastikan aplikasi MyKasih telah dikemas kini kepada versi terkini. Sekiranya telah log masuk sebelum ini, sila log keluar terlebih dahulu.

Kemudian, log masuk semula ke aplikasi MyKasih dan ikut langkah di bawah.

1. Notifikasi pop-up “Set Up Now” akan dipaparkan sebaik sahaja aplikasi dibuka. Jika notifikasi tidak muncul, klik “Tap Here” di bahagian atas pada tab “Home”.

Aplikasi MyKasih Akan Beralih Ke OTP E-mel Mulai 1 Januari 2026 – Ini Cara Tetapkan

2. Masukkan alamat e-mel yang aktif dan tekan “Next”. Semak peti masuk e-mel. Jika e-mel pengesahan tidak diterima, semak folder spam atau pilih pilihan untuk menghantar semula e-mel pengesahan melalui aplikasi.

3. Klik pautan “Verify Email Address” dalam e-mel yang diterima.

Aplikasi MyKasih Akan Beralih Ke OTP E-mel Mulai 1 Januari 2026 – Ini Cara Tetapkan

4. Setelah pengesahan berjaya, kembali ke aplikasi MyKasih dan klik “Go To Home”. Proses pendaftaran e-mel selesai.

Aplikasi MyKasih Akan Beralih Ke OTP E-mel Mulai 1 Januari 2026 – Ini Cara Tetapkan

 

Untuk menyemak alamat e-mel yang telah didaftarkan, pengguna boleh pergi ke tab “Profile” dan pilih “Profile”. Perubahan alamat e-mel juga boleh dibuat melalui halaman yang sama dengan memilih “Change Email Address”.

Aplikasi MyKasih Akan Beralih Ke OTP E-mel Mulai 1 Januari 2026 – Ini Cara Tetapkan

Perlu diingatkan, panduan ini hanya terpakai bagi penerima SARA yang menggunakan aplikasi MyKasih. Pemasangan aplikasi ini tidak diwajibkan, sebaliknya ia hanya bertujuan memudahkan penerima menyemak baki akaun MyKad, mengetahui jenis barangan yang boleh dibeli, serta mencari kedai terdekat untuk membuat pembelian.

Bagi penerima yang tidak menggunakan aplikasi MyKasih, semakan status SARA juga boleh dibuat melalui laman rasmi MyKasih Foundation.

Itu sahaja tips untuk kali ini. Semoga bermanfaat.

Berkaitan

  • Cara Mudah Kosongkan 'Badge Count' E-mel Belum Dibaca Di Aplikasi Gmail
  • Bantuan SARA 2025: Ini Yang Perlu Diketahui & Cara Semak Status Kelayakan
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY