Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Pintar ‘Flip’ HONOR Sah Akan Tiba Tahun Ini

HONOR Hadapi Tekanan Dan Cabaran Selepas Tinggalkan Huawei – CEO

Diterbitkan Oktober 21, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 21, 2024 oleh ariff bukhari

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR, George Zhao, baru-baru ini mendedahkan bahawa syarikatnya menghadapi banyak tekanan dan cabaran selepas berpisah daripada Huawei.

Dalam satu temu bual siaran langsung, Zhao berkata bahawa HONOR telah memutuskan hubungannya dengan Huawei dengan cara yang lebih baik berbanding syarikat lain.

Namun, perpisahan ini membawa banyak cabaran, dan HONOR menghadapi tekanan yang besar kerana perlu memulakan segala-galanya dari awal.

Cabaran terbesar adalah mengurus operasi yang tidak diketahui oleh pihak pengurusan.

HONOR terpaksa dijual kepada Shenzhen Zhixin New Information Technology pada November 2020 selepas sekatan AS ke atas Huawei pada 2019.

Tujuan penjualan itu adalah untuk melindungi HONOR daripada kesan sekatan tersebut dan membolehkannya beroperasi secara bebas.

Zhao juga membincangkan perbandingan HONOR dengan Huawei dan Apple.

Malah, mereka turut merasakan tekanan dalam bersaing dengan syarikat teknologi besar, tetapi tetap tenang dan terus mencari cara baharu untuk memberi manfaat kepada pengguna.

Zhao juga menekankan bahawa walaupun terdapat tekanan dan cabaran, HONOR telah berjaya membina identiti tersendiri yang berasingan daripada Huawei dan terus mencapai kejayaan dengan menawarkan produk yang lebih baik dan inovatif di masa depan.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • HarmonyOS NEXT, Huawei Kini Meninggalkan Android Sepenuhnya
  • HONOR X9c 5G Akan Tiba Di Malaysia

Sumber: mydrivers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY