Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dark sky weather

Aplikasi Dark Sky Dibeli Apple, Sokongan Peranti Android dan WearOS Akan Ditamatkan Julai Ini

Diterbitkan April 1, 2020 ยท Dikemas kini April 2, 2020 oleh Amalina Athman

Sebagai langkah untuk meningkatkan aplikasi ramalan cuaca yang sedia ada pada peranti iOS, Apple dilapor telah membeli aplikasi Dark Sky yang dikenali dengan ketepatan ramalannya, dengan ramalan cuaca bagi setiap minit. Perkara ini telah diumumkan melalui kiriman blog Dark Sky.

Dark Sky Apple

Dengan pengumuman ini, ia memberikan beberapa kelemahan pada peranti Android dan WearOS serta perkhidmatan API. Bagi pengguna Android dan WearOS, aplikasi ini tidak lagi boleh dimuat turun.

Perkhidmatan kepada pengguna dan pelanggan sedia ada akan berterusan sehingga 1 Julai 2020. Setelah itu, sokongan bagi peranti Android dan WearOS akan dihentikan. Pelanggan yang masih aktif pada masa itu akan menerima bayaran balik.

Aplikasi Dark Sky Dibeli Apple, Sokongan Peranti Android dan WearOS Akan Ditamatkan Julai Ini
9to5Mac

Berbanding peranti Android dan WearOS, perkhidmatan API bagi pelanggan sedia ada tidak berubah buat masa ini. Namun Dark Sky tidak lagi menerima pendaftaran baru dan akses API bagi pelanggan sedia ada akan dihentikan bermula 2022.

Perkara ini seterusnya akan memberi kesan kepada banyak aplikasi dan perkhidmatan seperti Carrot Weather, extension ramalan cuaca Google Chrome, DuckDuck Go, Microsoft, Runkeeper, Yelp, dan banyak lagi.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY