Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok, AFP

Tiada TikTok Live Di Indonesia Buat Sementara Waktu

Diterbitkan Ogos 31, 2025 · Dikemas kini Ogos 31, 2025 oleh Amsyar Latif

Platform media sosial TikTok pada Sabtu mengumumkan bahawa ia telah menggantung sementara ciri siaran langsung (LIVE) di Indonesia selama “beberapa hari” susulan protes ganas selepas kematian seorang lelaki yang dilanggar kenderaan polis.

“Disebabkan peningkatan keganasan semasa protes di Indonesia, kami secara sukarela memperkenalkan langkah perlindungan tambahan untuk memastikan TikTok kekal sebagai ruang yang selamat dan beradab,” kata jurucakap TikTok kepada AFP.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, TikTok LIVE digantung sementara selama beberapa hari di Indonesia.”

Ekonomi terbesar Asia Tenggara itu digegarkan dengan protes di bandar-bandar utama pada Jumaat, termasuk di ibu negara Jakarta dan bandar timur Makassar, di mana kebakaran di bangunan majlis tempatan meragut tiga nyawa.

Protes diteruskan pada Sabtu di bandar Surabaya di pulau utama Jawa, serta di pulau Bali dan Lombok.

Aplikasi perkongsian video itu berkata pihaknya akan terus memantau keadaan dengan teliti.

Indonesia merupakan salah satu pasaran terbesar TikTok di dunia dengan lebih 100 juta pengguna.

Dalam beberapa video protes yang dimuat naik ke platform tersebut pada Sabtu, pengguna mengadu mereka tidak dapat menggunakan ciri siaran langsung.

Berkaitan

  • Ketagihan TikTok Dan Reels Boleh Jadikan Pengguna Abaikan Risiko Kewangan -Kajian
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • Pekerja TikTok Di Malaysia Dan UK Tergugat Dengan Gelombang AI

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX
  • Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%
  • vivo V80 Mula Dijual 28 November, Harga Bermula RM2,499 Dengan Ganjaran Hingga RM1,583
  • Universiti Kebangsaan Taiwan Bangunkan Cip AI Jimat Tenaga
  • Nvidia Dilapor Henti Penghantaran Pelayan AI Ke Malaysia, Singapura, Thailand Dan Indonesia
  • (Video) Pemilik EV Di China Dakwa Fungsi Parkir Automatik Diaktifkan 868 Kali Dalam Satu Malam
  • Sokongan Aplikasi 32-Bit Bakal Jadi Pilihan Dalam Windows Server 2028
  • Pam Susu Wearable Anker eufy Kini Dijual Di Farmasi Terpilih, Harga Dari RM799
©2026 WISER.MY