Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Perincikan Cara Untuk Halang Perkongsian Kata Laluan

Netflix Perincikan Cara Untuk Halang Perkongsian Kata Laluan

Diterbitkan Februari 1, 2023 · Dikemas kini Februari 1, 2023 oleh Amalina Athman

Pada Januari, Netflix melalui laporan pendapatannya menyatakan perancangan untuk menguatkuasakan peraturan perkongsian kata laluan berbayar, menjelang akhir Mac 2023.

Ciri caj tambahan untuk perkongsian kata laluan itu telah pun diuji di Amerika Latin kerana Netflix mendakwa bahawa perkongsian akaun menyebabkan pendapatannya terjejas.

Terbaharu, Netflix telah memperincikan bagaimana pihaknya boleh menghalang perkongsian kata laluan.

Berkaitan

  • Antara Muka Netflix Di Telefon Kini Baharu Dan Lebih Segar, Tapi Bukan Semua Dapat
  • Hampir Tiba, 'Era' Perkongsian Kata Laluan Netflix Akan Berakhir
  • Netflix Kongsikan Poster Siri Aksi Nyata One Piece, Bakal Hadir Tahun Ini

Di bahagian FAQ pada laman webnya, Netflix menyatakan pengguna yang tidak tinggal serumah perlu menggunakan akaun mereka sendiri untuk menonton platform penstriman itu.

Apabila peranti di luar isi rumah log masuk ke akaun atau digunakan secara berterusan, Netflix mungkin meminta pemilik akaun untuk mengesahkan peranti itu sebelum ia boleh digunakan.

Ianya bertujuan untuk mengesahkan bahawa peranti yang menggunakan akaun tersebut diberi kuasa untuk berbuat demikian.

Sebagai tambahan, Netflix tidak akan mengenakan caj kepada pemilik akaun secara automatik jika berkongsi akaun dengan seseorang yang tidak tinggal serumah.

Bagaimana Netflix mengesan peranti

Maklumat seperti alamat IP, ID peranti, dan aktiviti akaun akan digunakan untuk menentukan sama ada peranti yang dilog masuk ke akaun Netflix adalah sebahagian daripada lokasi utama akaun tersebut.

Selagi peranti yang digunakan untuk menonton Netflix menggunakan sambungan internet yang sama seperti pemilik akaun utama, Netflix tidak akan meminta pengesahan.

Bagaimanapun, buat masa ini tidak diketahui tarikh yang tepat untuk Netflix memperkenalkan ciri perkongsian kata laluan berbayar itu. Namun, seperti yang dinyatakan sebelum ini, Netflix dijangka menguatkuasakan ciri baharu itu menjelang akhir Mac 2023.

Sumber: 9to5Mac

Gambar utama: Getty

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY