Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ipad pro

Antara Muka iPad Akan Dirombak, Berevolusi Ke Arah ‘Laptop’ Berbanding Telefon

Diterbitkan Jun 3, 2022 · Dikemas kini Jun 3, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Acara Apple WWDC akan berlangsung dalam 3 hari lagi iaitu 6 Jun 2022.

Menurut Mark Gurman, antara perubahan yang akan diumumkan dalam acara tersebut ialah rombakan besar pada antara muka iPadOS.

Ia melibatkan rekaan ‘multi-tasking‘ yang lebih memudahkan pengguna beralih antara aplikasi.

Selain itu, tetingkap aplikasi juga selepas ini boleh diubah saiz bagi membolehkan cara baharu pengguna mengendalikan pelbagai aplikasi dalam satu masa dan skrin.

Selari dengan itu, sumber turut mengatakan Apple mahu menjadikan iPad berfungsi dengan lebih berkuasa, ke arah komputer riba, bukan mudah alih seperti telefon.

Ini tidak mustahil memandangkan iPad terbaru juga sudah menggunakan cip M1 sehinggakan ada yang mendakwa ia terlalu berkuasa untuk perisian iPadOS.

Ia dikatakan akan menjadi salah satu perubahan terbesar diperkenalkan dalam acara WWDC kelak.

Baca juga:

  • Hati-Hati Dengan Taktik ‘Scam’ Baharu Yang Sasar Pelajar IPT
  • Gurman: iOS 16 Akan Ada Ciri Paparan Kekal, ‘Widget’ Pada ‘Wallpaper’
  • Lancar BuIan Depan, Ini Senarai Peranti Yang Dijangka Terima iOS 16 Dan iPadOS 16

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY